Sabtu, 20 Februari 2010

Tagged Oh Tagged

Wajah Tagged Aku

25 daripada 806 orang sahabat tagged aku


Hari ini aku akan bercerita berkenaan TAGGED aku. Mungkin ramai kawan-kawan blogger yang memilikinya dan tak kurang juga yang lebih suka kepada FACEBOOK, ya tak? Aku tak kisah itu semua, terpulanglah kepada minat masing-masing...


Gift daripada sahabat tagged aku




Tahun lepas ada kawan aku bawa join TAGGED... mula-mula tu tak tau mau buat apa dengan TAGGED ni, jadi kadang-kadang saja aku online. TAGGED berbeza sedikit saja dengan blog kerana ianya lebih kepada pencarian sahabat, tetapi boleh juga berkongsi ilmu pengetahuan...


Apa yang ada pada TAGGED? Dalam dunia TAGGED, kita boleh dapat kawan ramai, boleh hantar pesan, komen, chat, gift, game dan sebagainya. Setelah beberapa bulan bersama tagged ini, aku mula belajar bagaimana nak hantar komen, tag dan sebagainya.




Disebelah ini adalah hasil kerja aku selama bersama TAGGED. Aku belajar pula buat tag untuk dihantar kepada kawan-kawan. Tag yang kita buat sendiri ini jika telah approve oleh pihak TAGGED, ianya boleh dikongsikan bersama ahli tagged yang lain... Aku dah buat 84 tag yang juga turut digunakan oleh ahli tagged yang lain ...

Emm... tapi sayang, semenjak aku sibuk dengan blog aku ni, jarang pula aku buka TAGGED. Kadang rasanya masa terlalu mencemburuiku sehingga waktu bersama TAGGED tidak lagi seperti dulu.

Kepada kawan-kawan TAGGED yang masih lagi setia menghantar komen dan coretan anda di ruanganku, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Aku amat menghargainya dan aku tak akan melupakan kalian semua.

3 ulasan:

anummss berkata...

Hii Norgadis..

Terima kasih kerana telah meninggalkan komen dalam blog saya http://mrsanummss.blogspot.com

Saya sedang membaca latest entry anda.

Salam Singgah dan Salam Persahabatan ye.. :)

pak long berkata...

salam buat nor...
pak long jarang jugak on9 tagg....keja banyak sekarang....tapi tetap rindu ngan tagg...

Norgadis Labuan berkata...

*anummss* salam persahabatan dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya

*pak long* atau selalunya saya panggil cikgu... betullah, sekarang ni terasa bz sangat sampaikan jarang on9 tagged. Tapi kerinduan dengan tagged tetap terasa.