- 1 salinan kad pengenalan pemohon (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
- 1 salinan kad pengenalan ibu (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
- 1 salinan kad pengenalan bapa (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
- 1 salinan kad pengenalan semua tanggungan (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
- 1 salinan surat beranak semua tanggungan (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
- 1 salinan slip gaji (dengan cop majikan)
Kisah kedua, di tempat yang sama. Seorang remaja perempuan membawa salinan kad pengenalan adik beradiknya, tujuan adalah sama untuk mengesahkan salinan kad pengenalan yang dibawanya. Turut menarik perhatianku apabila salah seorang pemilik salinan kad pengenalan yang dibawanya tidak ada di WP Labuan, maslahnya sama dengan si bapa tadi. Dalam banyak-banyak salinan kad pengenalan yang dibawanya, kelihatannya hanya 1 sahaja kad pengenalan asal yang dibawanya, mungkin itu kad pengenalannya sendiri.
Tapi apa yang amat menarik lagi, salinan kad pengenalan yang tidak disertakan dengan kad pengenalan asal tersebut diperiksa dengan teliti keasliannya melalui komputer yang ada dihadapan salah seorang pekerja Jabatan Pendaftaran (pekerja yang lain). Ada rasa prikemanusiaan disini. Keaslian kad pengenalan boleh diperiksa melalui komputer rupanya...
Kalau begitu kenapa harus diwajibkan membawa kad pengenalan asal untuk pengesahan. Bukankan membawa kad pengenalan orang lain adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang. Pening aku nak memikirkannya.
Kalau difikirkan balik, kisah si bapa dan seremaja perempuan adalah sama, cuma bantuan dan layanan yang diberikan oleh para pekerja Jabatan Pendaftaran sangat jauh berbeza...
2 ulasan:
salam buat nor...
cam tu la kan..kita ni bukan arif bab-bab tu..jadinya selalu jadik cam tu...kena banyak kali ulang..sadis jer
@Pak Long
Yalah... memang terpaksa banyak bersabar...
Catat Ulasan