Sabtu, 29 Oktober 2011

Aku Dihari Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsan Peringkat WP Labuan


YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (Ahli Parlimen Labuan) menyempurnakan pelancaran tiga buah buku terbitan PERWILA dan sebuah Novel Syaakur Pejuang Dua Dunia karya ahli PERWILA, sdr Resmanshah yang telah diterbitan oleh PTS.


YB Datuk menandatangani buku besar sebagai tanda penyempurnaan pelancaran tersebut.


Aku, anak aku N Athirah dan rakan-rakan penulis yang lain menerima buku dari YB Datuk sebagai penghargaan kepada penulis.



Antara buku yang dilancarkan waktu itu ialah Antologi Cerpen PELURU CINTA VICTORIA, Puisi SETIA MENGALIR, Antologi Cerpen Remaja AARRGGHH KANTOINYA AKU!! dan Novel SYAAKUR PEJUANG DUA DUNIA.


Antologi cerpen PELURU CINTA VICTORIA telah dicetak kali kedua dalam tahun ini. PERWILA juga pernah melancarkan buku terbitan PERWILA pada tahun 2009 iaitu buku antologi puisi SEPULAU SEKASIH KITA.


Jualan buku...


Dari kanan Hj Othman Mahali bendahari PERWILA, diikuti pengarah DBP Sabah dan YB Datuk Yussof Hj Mahal.


Akhir sekali, ibu happy Wathiqah pun happy juga hehehe...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Nak Kek Coklat, Nak Kek Coklat


"Wathiqah nak kek coklat... nak nak nak... nak juga..." Katanya sambil memujuk. Macam nak buat cerpen pula. Tapi memang itulah yang diluahkannya, manja betul anak aku tu... Aku pun jawab "Oklah, nanti ibu buatkan". Bukan main happy lagi dia...


"Seronoknya seronoknya seronoknya..." senyum memanjang masa tu... Nasib baik bahan dah sedia ada, buat pun ekspress je... janji ada hehehe...


Kek coklat dah siap...


Tak sampai sehari, tinggal tu je lah, mulut tangan semua bercoklat, lupa pula ambil gambar masa tu. Bukan main seronok lagi dia makan bersama kakak-kakaknya...

Kacang Belibit Atau Kacang Botol


Kacang Belibit yang kutanam dah berbuah, yang besar tu buah pertamanya, seronok rasanya pabila tanaman kita dah berbuah.


Kacang Belibit panggilan kat Labuan, ianya juga dipanggil kacang botol. kalau jawa panggil kecipir (mungkin) dan kalau orang Kedah panggil kacang kelisa (betulkan aku kalau silap)


Kacang Belibit Atau Kacang Botol ini sedap dimasak tumis belacan (goreng belacan) atau masak lemak tapi aku suka buat ulam. Nyam nyam nyam...


Pucuknya kalau dimasak tumis bersama udang pun sedap. Masak tumis tu samalah seperti goreng belacan. Pernah cuba tak?


Kacang Belibit aku ni jenis besar, walaupun buahnya besar tapi masih muda. Jom ramai-ramai tanam kacang belibit, kalau nak makan tak payah beli, percuma je...