LABUAN, pagi tadi, 26 Julai 2012, seorang
maut, 3 cedera dan 4 hilang dalam kejadian kebakaran Kapal Bunga
Alpinia di jeti terminal loji Petronas Methanol Labuan Sdn Bhd (PML).
Kapal milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas menuju ke Jepun.
Kenyataan Ketua Penyelaras Misi Penyelamat, Leftenan Komander
Nor Azmi Mohd Dahan berkata, kapal itu telah disasarkan sejauh 150 meter
dari jeti PML dan usaha memadamkan api kebakaran sedang dilakukan
bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Polis
Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM Labuan.
Bahan : RTM Labuan FM
Gambar oleh : Warga WELL
Wartawan lokasi : Asmah Asmuni
***********************
LABUAN: Seorang krew kapal Bunga Alpinia yang meletup ketika
memindahkan minyak, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut apabila
mayatnya ditemui dalam keadaan rentung, menurut Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia.
Empat lagi mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil,
24; Zahari Hassim, 46; dan warga Filipina, Errol Calauan Colangay, 32,
masih gagal ditemui. Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : 26/07/2012
19 ulasan:
assalamualaikum..
peristiwa yg cukup mengejutkan..
@blog usang.
Wa'alaikummusalam.
Walau pun tempat tu jauh dari kg saya, tepi letupannya kedengaran hingga ke sini...
pandai la ko bt citer, kitorang yang dok padam api... gambo pun ade ni... mane la ko amik gambo2 tu....
@Tanpa Nama berkata...
Bahan : RTM Labuan FM
Gambar oleh : Warga WELL
Wartawan lokasi : Asmah Asmuni
Dari sanalahh saya dpt semua info tu.
TQ lah sbb padam api tu, klu kamu dpt kasi info lagi bagus, sebab kamu yg berada di sana, ramai yg risau, saya pun risau juga sebab adik dan abang saya kerja tak jauh dari sana, harap berjaya api tu dipadamkan...
-Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas (LNG) menuju ke Jepun-
kapal bunga alpinia ni bawak LNG ke?bukan chemical tanker kah?mcm salah aja statement di atas tu...
tu berita sokabar online salah tulis kata LNG. sebenarnya methanol.
-mechir-
@-mechir-
Terima kasih memberi info yg lebih tepat, harap dapat info terkini utk pengetahuan bersama. TQ
Kalau berlaku waktu pejabat,rasa2 nya saya pun terlibat,
cermin dan ceiling tempat kerja saya di SJ Patau2 banyak yg pecah akibat angin dari letupan.
@thomas.
Oops! Tinggal di Labuankah sekarang ni? Ada juga saya dengar cermin pejabat pecah, adik saya yg di SF pun cuti tadi.
Nasib baik anak saudara yg kerja kat sana berada diluar kawasan semasa kejadian, risau dibuatnya.
ish terok nya ..tgk news tadi khabarnya 4 org masih lg hilang
@khairul.
Ya, masih ada yg hilang, kasihan mereka...
Kerja outstation di sini,dah 2 bulan lebih ni.
eksiden tuu.. uhhuu
@thomas.
Outstation...
Kalau dah 2 bulan kira dah banyaklah gambar Labuan di rakamkan, maklumlah Labuan ni bukannya besar sangat... moga selesa berada di sini.
@en_me.
Kira eksiden la tu, dengarnya kena petir...
huh serammmm melihatnye.bahaye ade di mana2.mmg takut le tengok bnde2 terbakOr ni
@Cendol.
Semua yang berlaku atas takdir Allah jua, moga keluarga mangsa akan terus bersabar, mungkin ini adalah satu peringatan kecil utk kita agar kita sebagai manusia tidak lalai akan keduniaan semata.
Takziah kepada Mangsa...
@Koding.
Moga Allah merahmati mereka semua...
Catat Ulasan