Khamis, 26 Julai 2012

Kapal Bunga Alpinia Terbakar Di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan


LABUAN, pagi tadi, 26 Julai 2012, seorang maut, 3 cedera dan 4 hilang dalam kejadian kebakaran Kapal Bunga Alpinia di jeti terminal loji Petronas Methanol Labuan Sdn Bhd (PML).

Kapal milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas menuju ke Jepun. 
Kenyataan Ketua Penyelaras Misi Penyelamat, Leftenan Komander Nor Azmi Mohd Dahan berkata, kapal itu telah disasarkan sejauh 150 meter dari jeti PML dan usaha memadamkan api kebakaran sedang dilakukan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan (JBPM) Labuan, Encik Zainal Madasin seramai 61 anggota bomba dan 6 jentera sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan.Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.  Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM Labuan.
Bahan : RTM Labuan FM
Gambar oleh : Warga WELL
Wartawan lokasi : Asmah Asmuni

***********************

LABUAN: Seorang krew kapal Bunga Alpinia yang meletup ketika memindahkan minyak, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Empat lagi mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil, 24; Zahari Hassim, 46; dan warga Filipina, Errol Calauan Colangay, 32, masih gagal ditemui. Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.


Artikel ini disiarkan pada : 26/07/2012
 

19 ulasan:

blog usang berkata...

assalamualaikum..

peristiwa yg cukup mengejutkan..

Norgadis Labuan berkata...

@blog usang.
Wa'alaikummusalam.
Walau pun tempat tu jauh dari kg saya, tepi letupannya kedengaran hingga ke sini...

Tanpa Nama berkata...

pandai la ko bt citer, kitorang yang dok padam api... gambo pun ade ni... mane la ko amik gambo2 tu....

Norgadis Labuan berkata...

@Tanpa Nama berkata...

Bahan : RTM Labuan FM
Gambar oleh : Warga WELL
Wartawan lokasi : Asmah Asmuni
Dari sanalahh saya dpt semua info tu.

TQ lah sbb padam api tu, klu kamu dpt kasi info lagi bagus, sebab kamu yg berada di sana, ramai yg risau, saya pun risau juga sebab adik dan abang saya kerja tak jauh dari sana, harap berjaya api tu dipadamkan...

Tanpa Nama berkata...

-Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas (LNG) menuju ke Jepun-

kapal bunga alpinia ni bawak LNG ke?bukan chemical tanker kah?mcm salah aja statement di atas tu...

Tanpa Nama berkata...

tu berita sokabar online salah tulis kata LNG. sebenarnya methanol.

-mechir-

Norgadis Labuan berkata...

@-mechir-
Terima kasih memberi info yg lebih tepat, harap dapat info terkini utk pengetahuan bersama. TQ

thomas berkata...

Kalau berlaku waktu pejabat,rasa2 nya saya pun terlibat,
cermin dan ceiling tempat kerja saya di SJ Patau2 banyak yg pecah akibat angin dari letupan.

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Oops! Tinggal di Labuankah sekarang ni? Ada juga saya dengar cermin pejabat pecah, adik saya yg di SF pun cuti tadi.

Nasib baik anak saudara yg kerja kat sana berada diluar kawasan semasa kejadian, risau dibuatnya.

Unknown berkata...

ish terok nya ..tgk news tadi khabarnya 4 org masih lg hilang

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Ya, masih ada yg hilang, kasihan mereka...

thomas berkata...

Kerja outstation di sini,dah 2 bulan lebih ni.

en_me berkata...

eksiden tuu.. uhhuu

Norgadis Labuan berkata...

@thomas.
Outstation...
Kalau dah 2 bulan kira dah banyaklah gambar Labuan di rakamkan, maklumlah Labuan ni bukannya besar sangat... moga selesa berada di sini.

Norgadis Labuan berkata...

@en_me.
Kira eksiden la tu, dengarnya kena petir...

Cendol berkata...

huh serammmm melihatnye.bahaye ade di mana2.mmg takut le tengok bnde2 terbakOr ni

Norgadis Labuan berkata...

@Cendol.
Semua yang berlaku atas takdir Allah jua, moga keluarga mangsa akan terus bersabar, mungkin ini adalah satu peringatan kecil utk kita agar kita sebagai manusia tidak lalai akan keduniaan semata.

Koding berkata...

Takziah kepada Mangsa...

Norgadis Labuan berkata...

@Koding.
Moga Allah merahmati mereka semua...