Ahad, 29 Julai 2012

Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan

Setiap bulan ramadhan, majlis bertadarus akan diadakan dimana-mana masjid dan surau, begitu juga dengan Masjid Layang-Layangan Labuan.  Kumpulan pelajar mengaji di masjid tersebut telah mengadakan tadarus Quran waktu pagi bermula 1 ramahadan sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Lebih 40 Orang Pelajar Mengaji Menghadiri Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan Di Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Jika tahun-tahun yang lalu, bertadarus ini akan berlangsung selama 10 hari dan hari ke 11 ramadhan akan diadakan khatman Quran, memandangkan ramai yang hadir, tadarus Quran tahun ini berlangsung hanya 8 hari dan hari ke 9 ramadahan telah diadakan Khataman Quran.

Senyum... dah selesai khataman sempena tadarus Quran.
Setelah majlis selesai, semua yang hadir bertukar-tukar hadiah, maklumlah bualan puasa, tiadalah jamuan makan minum dibuat.

Selesai dah...

Bergambar bersama guru mengaji Ustaz Aziz, terima kasih untuk beliau atas bimbingan selama ini.

Terima kasih kepada semua sahabat mengaji atas hadiah yang banyak ini...

8 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

alhamdulillah...

Norgadis Labuan berkata...

@ ❤Kamsiah❤
Salam ramadahan dan terima kasih...

syiela berkata...

alhamdulillah.. syukur ya Allah

Norgadis Labuan berkata...

@syiela.
Salam ramadhan, sama2lah kita bersyukur...

blog usang berkata...

assalamualaikum wbt..

Majlis yang sungguh baik dijalankan..semoga semuanya mendapat ganjaran pahala di bulan yg mulia ini...amin...

Norgadis Labuan berkata...

@blog usang.
Wa'alaikummusalam wbt.
Amin amin amin... moga kita sama2 mendpt ganjaran pahala dibulan yang mulia ini dan moga kita diberkati selalu...

Koding berkata...

Alhamdulillah...
Syabas kerana dapat khatam lebih awal...

Norgadis Labuan berkata...

@Koding.
Saya pun bersyukur, tahun ni cepat benar khatam Quran.