Sabtu, 7 Julai 2012

Aku Di Majlis Hadiah Sastera PERWILA, 2012

Hadiah Sastera PERWILA ini diadakan buat pertama kalinya adalah untuk menghargai dan mengiktiraf hasil karya ahli PERWILA bagi tahun 2008 dan 2009.  Karya yang dinilai adalah karya-karya yang pernah tersiar di akbar, buku dan radio.  Hanya 8 orang yang turut bertanding dalam kedua-dua genre puisi dan cerpen dan keputusan pemenang hanya diterima pada malam majlis berlangsung.

(Kabur pula gambar ni) Nak sambung cerita lagi... Di Majlis Hadiah Sastera PERWILA, aku telah mendapat tempat pertama dalam Genre Puisi dan mendapat tempat kedua dalam Genre Cerpen.  Syukur alhamdulillah kepada Allah swt.  Happynya aku, bukan happy kerana nilai hadiah tapi happy pabila karyaku dihargai.  Belum pernah dapat no. satu dan dua sepanjang aku menulis, inilah kali pertama aku mendapatkannya.

Inilah antara wajah-wajah penulis yang ikut bertanding, hanya 2 orang tidak dapat hadir, anakku N Athirah dan Mazlan Mohamad.

Keputusan Genre Puisi
Pemenang Hadiah Sastera Perwila 2012 - Genre Puisi
Pertama: Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
Kedua: Hj Othman Mahali (Osman Mahali)
Ketiga: Suili Bakar (Suili Bakar Ans)
Saguhati: Rafidah Mohamad, Hjh Hasnah Sambas dan N Athirah 
 
 Keputusan Genre Cerpen
Pemenang Hadiah Sastera Perwila 2012 - Genre Cerpen
Pertama: Rafidah Mohamad (Maharatu Rafidah Mohamad)
Kedua: Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
Ketiga: Resmanshah Indrat (Resmanshah Shakur) 

Saguhati: Hj Othman dan Mazlan Mohamad 



Di majlis tersebut, PERWILA juga memberi Anugerah Khas 'Setia Bersama PERWILA' kepada Hjh Hasnah Sambas dan Hj Othman Mahali.  Mereka ini adalah pengasas PERWILA pada tahun 1985 (aku masih sekolah lagi masa tu) dan hanya tinggal mereka berdua yang masih kekal aktif dalam PERWILA. Tahniah kepada mereka berdua, moga menjadi contoh kepada ahli-ahli yang lain.


 Turut hadir Datuk Hj Basir Hj Alias mewakili Ahli Parlimen Labuan, Dr Harun Pudin (Ketua 1 Perwila), Mistrine Radin (Pengarah Pelajaran) dan Ritah Yahaya, wakil (DBP Cawangan Sabah Dbpcs). 

18 ulasan:

Mia Liana berkata...

wahhhhhh tahniahhhhh....

syiela berkata...

tahniah!!!!!

Norgadis Labuan berkata...

@Mia Liana.
Terima kasih muaaah!

Norgadis Labuan berkata...

@syiela.
Terima kasih Syiela...

Kamsiah yusoff berkata...

tahniah...semoga kemenangan tersebut memberi inspirasi utk terus berkarya...

Norgadis Labuan berkata...

@❤Kamsiah❤
Terima kasih, insyaAllah akan terus berkarya selagi ada ilham menjelma...

waty berkata...

syukur alhamdulilah.. Taniah bucu.. Aku turun gembira hehe..

Norgadis Labuan berkata...

@Waty.
Terima kasih, rezeki yang tidak diduga...

tehr berkata...

tahniah, nor
tumpng gembira dari jauh
moga2 terus aktif menghasilkan karya

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Terima kasih cikgu, insyaAllah jika ada izin Allah SWT, saya akan teruskan berkarya...

Yaya Mohd berkata...

wahh beshnyer..
congrate! ^_^

Norgadis Labuan berkata...

@ik Yaya.
Terima kasih Yaya...

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Waah..tahniah ya. Teruskan menulis, norgadis. Bakat jangan ditahan2. Tahniah sekali lagi....:D

Norgadis Labuan berkata...

Salam dan terima kasih Kak Imun.
Bakat surirumah, sekali sekala mau juga dikeluarkan hehehe...

Unknown berkata...

hebatlah KAK nOR..TAHNIAH !

Norgadis Labuan berkata...

@Khairul.
Terima kasih...
Sebenarnya belum hebat lagi, tapi... mungkin dah rezeki agaknya.

Norzie hany berkata...

Tahniah...sungguh berbakat.

Norgadis Labuan berkata...

@Norzie hany.
Terima kasih... Bakat terpendam seorang surirumah agaknya hehehe...