(Kabur pula gambar ni) Nak sambung cerita lagi... Di Majlis Hadiah Sastera PERWILA, aku telah mendapat tempat pertama dalam Genre Puisi dan mendapat tempat kedua dalam Genre Cerpen. Syukur alhamdulillah kepada Allah swt. Happynya aku, bukan happy kerana nilai hadiah tapi happy pabila karyaku dihargai. Belum pernah dapat no. satu dan dua sepanjang aku menulis, inilah kali pertama aku mendapatkannya.
Keputusan Genre Puisi
Pemenang Hadiah Sastera Perwila 2012 - Genre Puisi
Pertama: Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
Kedua: Hj Othman Mahali (Osman Mahali)
Ketiga: Suili Bakar (Suili Bakar Ans)
Saguhati: Rafidah Mohamad, Hjh Hasnah Sambas dan N Athirah
Pemenang Hadiah Sastera Perwila 2012 - Genre Cerpen
Pertama: Rafidah Mohamad (Maharatu Rafidah Mohamad)
Kedua: Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
Ketiga: Resmanshah Indrat (Resmanshah Shakur)
Saguhati: Hj Othman dan Mazlan Mohamad
Di majlis tersebut, PERWILA juga memberi Anugerah Khas 'Setia Bersama PERWILA' kepada Hjh Hasnah Sambas dan Hj Othman Mahali. Mereka ini adalah pengasas PERWILA pada tahun 1985 (aku masih sekolah lagi masa tu) dan hanya tinggal mereka berdua yang masih kekal aktif dalam PERWILA. Tahniah kepada mereka berdua, moga menjadi contoh kepada ahli-ahli yang lain.
18 ulasan:
wahhhhhh tahniahhhhh....
tahniah!!!!!
@Mia Liana.
Terima kasih muaaah!
@syiela.
Terima kasih Syiela...
tahniah...semoga kemenangan tersebut memberi inspirasi utk terus berkarya...
@❤Kamsiah❤
Terima kasih, insyaAllah akan terus berkarya selagi ada ilham menjelma...
syukur alhamdulilah.. Taniah bucu.. Aku turun gembira hehe..
@Waty.
Terima kasih, rezeki yang tidak diduga...
tahniah, nor
tumpng gembira dari jauh
moga2 terus aktif menghasilkan karya
@tehr.
Terima kasih cikgu, insyaAllah jika ada izin Allah SWT, saya akan teruskan berkarya...
wahh beshnyer..
congrate! ^_^
@ik Yaya.
Terima kasih Yaya...
Salam, norgadis. Waah..tahniah ya. Teruskan menulis, norgadis. Bakat jangan ditahan2. Tahniah sekali lagi....:D
Salam dan terima kasih Kak Imun.
Bakat surirumah, sekali sekala mau juga dikeluarkan hehehe...
hebatlah KAK nOR..TAHNIAH !
@Khairul.
Terima kasih...
Sebenarnya belum hebat lagi, tapi... mungkin dah rezeki agaknya.
Tahniah...sungguh berbakat.
@Norzie hany.
Terima kasih... Bakat terpendam seorang surirumah agaknya hehehe...
Catat Ulasan