Rabu, 25 Januari 2012

Aku Dijemput Menghadiri Perbincangan Di RTM Labuan FM

Aku sebenarnya mendapat panggilan dari DJ Salbiah berkenaan perbincangan dan pertemuan ini. Aku juga diminta membawa beberapa rakan yang boleh menulis puisi/cerpen dan yang boleh mendeklimasikan puisi untuk rancangan Gemersik Citra Suara Hati Bersama PERWILA yang bakal beliau terbitkan.


Aku tengah membaca surat untuk kerjasama bersama RTM Labuan FM



Bagaikan mengantuk disurungkan bantal. Sebenarnya aku ada membuat kertas kerja untuk slot 15 minit Bersama PERWILA yang baru juga dibentangkan sewaktu mesyuarat AJK lepas. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua AJK yang hadir. Tujuan slot ini adalah untuk menambah kecintaan warga WP Labuan terhadap dunia sastera. Dengan kerjasama bersama penerbit rancangan Gemersik ini, insyaAllah matlamat PERWILA akan lebih cepat tercapai.


Antara ahli PERWILA yang menghadiri perbincangan


Emm... adikku, bakal membaca puisi di RTM Labuan FM


Ketua 2 PERWILA En Sahar Misron juga turut hadir

6 ulasan:

Penulis Rindu berkata...

salam..ada virus malwira pulak ye..

Norgadis Labuan berkata...

Salam... terima kasih, tak perasan pula saya...

Unknown berkata...

cepat2 buang kak nor

Norgadis Labuan berkata...

@Khairul.
Ini tengah usahakanlah ni, tak tau nak buat apa dah...

tehr berkata...

Biasanya virus ni datang bersama sesuatu link,
Kena cari dan buang link berkenaan

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Saya cuba juga buang link yg kononnya kena virus tu, tapi tak taulah, klu saya masuk blog saya ni tak ada pula nampak virusnya...