Jumaat, 13 Januari 2012

Buah Mambangan

Kali aku nak kongsi gambar buah mambangan untuk tatapan sahabat blogger kalian. Buah ini aku dan suami terima petang semalam dari kawan kerja suamiku. Buat En Siman, kami ucapkan terima kasih daun keladi... (pandai-pandailah sambung ayat tu)


Inilah buah mambangan, kalau jenis yang manis, rasanya pasti manis, kalau jenis yang masam, masam jugalah rasanya hehehe...


Ini kulit dan biji setelah diambil isinya (kulit dan biji pun nak ambil gambar)


Ya...! Sedia untuk dimakan, buah mambangan yang aku terima ini rasanya manis sekali, sedap sedap...

12 ulasan:

khairul berkata...

sy x pernah tgk buah ni

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Mungkin buah ni tak ada kat semenanjung, kawan-kawan kat semenanjung pun kata tak nampak buah ni dijual kat sana.

Kasawari berkata...

eh buah apa ni.. kat sini mcm takder jer... kulit mcm buah ciku.. dalam macam buah kuini..

Norgadis Labuan berkata...

@Kasawari.
Rasanya buah ni memang tak ada kat sana. Kulitnya lebih tebal dari kulit ciku, buahnya lebih besar dari buah kuini.

farraain berkata...

buah apa nie??..apa rasa dia?/..xpenah makan pon..huhuu

Norgadis Labuan berkata...

@farraain.
Ada orang panggil buah ni buah Mambangan dan ada juga yang panggil buah Bambangan, rasanya masis setelah masak. Rasanya buah ni hanya ada di kawasan yang berhampiran dengan Sabah.

Mr.N berkata...

buat jeruk sadap tu tambah lagi makan sama ambuyat wahahha nyam-nyam

Norgadis Labuan berkata...

@Mr.N.
Banar tu, kalau dibuat jeruk memang sadap tapi luan sadap inda sampat membuat jeruk, habis makan begitu saja...

tj berkata...

alamakkkk...sedap nyaaaaa, terliur sekejap,lama dah tak makan buah ni since dah lama tak balik sarawak....

Norgadis Labuan berkata...

@tj.
Nampaknya terpaksa balik Sarawak ni...

kakyon berkata...

masa akk pergi KK dulu..ada penjual buah suruh akk beli, siap bagi rasa dulu. memang sedap,rasa manis macam buah mangga aje..

Norgadis Labuan berkata...

@kakyon.
Nampaknya kakyong pernah rasalah buah ni, memang sedap rasanya...