Ahad, 12 Jun 2011

Aku Menghadiri 3 Majlis Perkahwinan

Minggu lepas aku menghadri 3 Majlis Perkahwinan, 2 di kampung Bukit Kalam dan satu lagi di kampung Layang-Layangan tanah kelahiranku. Oleh kerana aku sekarang tinggal di kampung Bukit Kalam, maka aku dan keluarga pun pergilah ke Majlis Perkahwinan di kg. Bukit Kalam dulu.


Ini buah tangan dari 3 majlis perkahwinan atau dulu dipanggil bunga telur untuk tetamu tapi sekarang dah tak ada telurnya. Kalau masa kecil dulu, dapat bunga telur ni pun dah happy sangat tapi anak-anak sekarang dapat telur pun tak nak makan. Begitu cepat masa berubah...


Dari 3 majlis perkahwinan, hanya ini yang sempat tangkap gambar pengantin


Syukur... kenyang makan, muka pun dah naik tembam huhuhu...


Ini majlis perkahwinan di kg Layang-Layangan. YB pun turut menyumbangkan suara dimajlis tersebut, terima kasih YB, nampaknya mesra rakyat tu...


Niat hati nak tunggu sampai pengantai lelaki sampai tetapi sayang, oleh kerana ada urusan lain, terpaksalah majlis ni ditinggalkan. Kepada mereka berkahwin tu, aku ucapkan selamat pengantin baru, moga kekal hingga akhir hayat Amin...

10 ulasan:

Unknown berkata...

sure kenyang spi ke malam kan hehe

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

hari tu kat taman awe ni kak ada 2 orang kahwin, 2 kenduri kesyukuran dan 1 majlis tunang...huhuh..

tehr berkata...

amin
moga2 kekal bahagia selamanya

saya hanya ada satu undangan je
hehe

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Memang kenyang pun, rumah pertama sepiring seorang, tapi rumah seterusnya sepiring berkongsi 5 org hahaha...

Norgadis Labuan berkata...

@Nur Hawa Mohd Zin.
Wah! tentu meriah suasananyakan...

Norgadis Labuan berkata...

@tehr
Salam. Sama2lah kita berdoa akan kebahagian mereka.

Satu undangan pun kena pergi juga tu...

Kak Imun berkata...

Salam, norgadis. Waaa... Memang meriah la. Ada karaoke lagi. Buah tangan pun banyak, hehehe......

Norgadis Labuan berkata...

@Myfrin's story.
Salam kembali kak Imun,
Memang meriah betul mejlis tu, tapi dah buka sekolah ni, majlis perkahwinan pun dah berkurangan...

Norgadis Labuan berkata...

@Zuwairi Aiman.
Terima kasih sudi singgah di blog saya, insyaAllah nanti saya pula akan singgah di blog awak

Tanpa Nama berkata...

bape hoodie
hermes
golden goose outlet
hermes handbags
golden goose sneakers
off white hoodie
hermes
kyrie irving shoes
bapesta shoes
travis scott jordan