Selamat hari lahir buat anakku Nurwathiqah Masturah yang ke lima tahun. Acara ini dibuat secara mendadak atas permintaan anak aku yang ke tiga Atikah dan kebetulan pula kekasih aku tu baru pulang dari luar negara, kalau dia tak ada, kadang tu malas nak buat acara macam ni.
Dah naik atas kerusi, kek pula yang rendah, janji boleh potong kek
Bacaan doa dibaca oleh ayah Wathiqah sendiri (kekasih aku lah tu)dan di aminkan oleh kami semua. Bila pula aku tidur time baca doa ni???
Tiada jemputan lain melainkan adik beradik, anak-anak dorang dan orang tua aku
Adik aku Zahli dan anak isterinya, seorang anaknya lag tak kelihatan
(tudung biru tu anak aku)
(tudung biru tu anak aku)
Ini adik aku kedua Liza dan suaminya
Abang aku Asman dan isteri dan anak-anaknya.
Laa... ada juga yang tertidur nampaknya hahaha... jangan marah...
Laa... ada juga yang tertidur nampaknya hahaha... jangan marah...
Dari Kiri berbaju hijau Nuratikah Nazurah (anak ketiga, cikgu Ali (bapa aku) dan Nurzafirah Nadirah (anak kedua). Anak aku yang sulong saja yang tiada di sini kerana sambung belajar di KUIS.
Moga Wathiqah menjadi anak yang beriman dan sentiasa mendapat berkat
dan rahmat dari Allah swt. Amin...
8 ulasan:
Happy Birthday to Wathiqah juga. Seronoknya dapat banyak hadiah, hehehe........
Salam Kak Imun,
oppss! dah tukar nama ni ya...
Apa pun terima kasih sudi wish. Budak2 ni biasalah, klu terima hadiah memang seronok. Org tua pun tak kurang seronoknya klu dpt hadiah hehehe....
Power kek-nya. Cute Wathiqah senyum...
Salam kakak,
Keknya ada kereta pink hahaha...
Senyum ada makna tu...
baik2, dik
tinggi kerusi tu
selamat hari lahir
selamat hari lahir utk Wathiqah....seronoknya dapat brkumpul bersama keluarga....
Salam tehr.
Lepas potong kek terus turun, bukan takut jatuh tapi tak sabar nak main permainan sebelah ruang makan tu hehehe...
Salam MulutPayau.
Inilah masa berkumpul dengan keluarga, maklumlah... masing-masing sibuk dengan tugasan harian.
Catat Ulasan