Sabtu, 24 Julai 2010

Aku Terima Dua Buah Antologi Dari Puput Seni

Pagi tadi aku terima naskhah Antologi Cerpen 'Meniti Waktu' dan Antologi Cerpen dan Puisi 'Sungai Siarau' dari salah seorang karyawan Brunei iaitu pemilik blog PUPUT seni atau Tuan Haji Abdullah Haji Mohd Tahir.

Aku amat terharu dengam pemberian yang amat berharga ini. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga dapat kulafaskan dibicara maya ini kepada Tuan Haji Abdullah.
Inilah wajah dua buah antologi yang aku terima pagi tadi. Antologi ini telah dikirimkan oleh Tuan Haji Abdullah Haji Mohd Tahir melalui Puan Hajjah Hasnah yang turut hadir di Pertemuan Nusantara ke 4 di Negara Brunei DS baru-baru ini.
Dari kiri Sdr Suili Bakar, Hajjah Hasnah Sambas, Norgadis Labuan dan cik Rafidah Mohamad

6 ulasan:

Masbi Ar berkata...

Saya semacam dihargai dengan hanya 2 buah antologi bersama penulis-penulis Brunei, apabila anda memaparkan di blog anda. Terima kasih teramat sangat dari saya. Itu hanyalah sebagai rasa persaudaraan melalui minat yang sama dalam penulisan. Kepada Hjh Hasnah, saya amat menghargainya kerana tidak berkira sangat menyampaikan pesan saya kepada Norgadis. Semoga minat yang sama ini akan membuahkan sesuatu yang berfaedah untuk bangsa dan negara.

Norgadis berkata...

Salam Masbi Ar.
Jutaan terima kasih kepada sdr Masbi Ar @ Tn Hj Abdullah atas pemberian istemewa itu. Hanya Allah swt saja yg dpt membalas dan moga diberkati segala niat baik Tn Hj Abdullah... Amin.

miemiey berkata...

ERM...2 BUAH NOVEL YG MENARIK...

NOR MINAT MEMBACA KE...???
BERTUAHNYA ADA GAK ORG BAGI HADIAH NOVEL KAN..;)

Norgadis berkata...

Hai miemiey.
Bukan novel... tapi antologi cerpen dan puisi. kira suka membacalah juga, klu tak suka membaca, rasanya tak dpt menulis puisi dan cerpen pula nanti hehehe...

Saya memang bersyukur sangat kerana ada yg sudi hadiahkan antologi tersebut.

pak long berkata...

salam..
boleh la kongsi buku tu....

Norgadis berkata...

Salam pak long.
Nak kongsi buku? Boleh3 kalau cikgu nak...