Sabtu, 17 Julai 2010

10 pelajar berlatih berlakon 'Remaja Vs Rokok'

Sabtu, merupakan hari aku bersama pelajar sekolah, program yang berlangsung selama 3 bulan ini akan berakhir dalam masa 2 minggu lagi. Huhuhu... lepas tu dah masuk bulan puasa... Ok jangan sedih dulu, tapi sebenarnya aku sedihlah nak berpisah dengan para pelajar ni. Aku seronok pabila bersama dorang... walau ada kedegilan tapi ada kasih sayang tau.

Ini sedikit pengenalan tentang lakonan dari abang MAD yang mana beliau pernah menjadi pengarah aku sewaktu aku berlakon teater dulu (zaman 80an)


Ini pula, penerangan berkenaan jalan cerita yang nak dilakonkan, lakonan spontan je..


Aku suka dorang ni, ada bakatkan?

Pelakonnya: Sofri,Ahmad Zulhilmi, Md Faizlan, Siti Khadijah, Nurul Ashyikin, Felicia, Nor Zafirah, Nurul Fadzlin dan Fatimah

Lakonan dorang ni akan dipersembahkan sewaktu penutup program pada 31 julai 2010 ini.

Lepastu kami buat aktiviti membuat layang-layang atau kikik dalam bahasa kedayan. Peralatan semua kami sediakan, ada yang nampak kreatif ada pula yang tak tau cara membuatnya. Biasalah tu...


Dah Siap...!!

Kalau program ni dah habis, tak tau nak buat program apa lagi huhuhu...

"Ibu rindu kamu semua"

6 ulasan:

NuFa berkata...

waaa.. best nih program...

qis tukar nama ngn url.. tp link lama tukar (letak kat link exchange qis

lama tk on9 sbb busy ngn teis yg tk pnh2 nk siap.. huhu

Norgadis Labuan berkata...

Salam NuFa @ qis.
Program tu memang best, kami buat setiap hari sabtu.

Lama tak nampak, rupanya dah tukar url, nanti Nor letak link kat exchange qis k.

tehr berkata...

layang2 berbentuk begitu, kat kampung saya sebut wau kikik

macam sama pula ya?

Norgadis Labuan berkata...

salam tehr.
Oh...! Wau kikik namanya ya. Betullah, macam sama pula.

khalidahmacambaguss~O_o berkata...

teringat zaman skolah dulu main berlakon2 ni...haha....lawak bila ingat balik....

Norgadis Labuan berkata...

Salam khalidahmacambaguss~O_o.
Kalau diingat zaman sekolah memang seronok, samada pandai berlakon atau tak itu bukan satu masalah besar, yg penting mencuba...