Jumaat, 9 Julai 2010

netQueen siarkan cerpen "Selamat Hari Bapa"

Selamat Hari Bapa
Karya: Norgadis Labuan

Ayah yang kupanggil abah selama ini, merupakan seorang ketua dijabatannya. Walaupun beliau merupakan seorang ketua yang agak tegas, tetapi beliau sentiasa mengambil berat dan amat di hormati oleh pekerja bawahannya. Disebalik ketegasannya, abah merupakan seorang yang suka berjenaka. Malah dalam keluarga kami, kehadiran abah menceriakan lagi suasana. Tidak hairanlah jika kami digelar keluarga bahagia dan sempurna.

Kalau dibandingkan antara abah dan ibu yang kupanggil mama, aku lebih memilih abah. Walaupun aku anak perempuan, tetapi kemesraan abah lebih menyenangkanku. Kalau aku sakit demam, abahlah lebih dahulu memberiku ubat dibanding mama yang hanya berleter. Kalau aku ada masalah dalam pelajara, abahlah yang lebih banyak memberi semangat dan tunjuk ajar.

Sekarang aku sudah dewasa dan mempunyai kerjaya sendiri. Setiap hari kalau aku pergi kerja, abah jugalah yang menghantar aku. Mungkin aku dikatakan anak manja, tapi pada hakikatnya, kebebasanku amat ketat dibandingkan rakan yang seusia denganku. Semuanya atas alasan demi menjaga keselamatan. Aku tidak mempunyai pilihan melainkan akur dengan keputusan keluarga.

Pada suatu hari, abah menghantar aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Pagi itu agak lain dari pagi-pagi sebelumnya. Abah senyap dan kemudian…

Nak tahu ceritanya selanjutnya... KLIK netQueen atau KLIK Sudut Cerpen

6 ulasan:

suhaisweet berkata...

Dropping here..Very nice friend..My special for u.. Check it Out!

Norgadis Labuan berkata...

utk suhaisweet.
Terima kasih...

pak long berkata...

salam buat nor..
singgah baca catatan nor..

Norgadis Labuan berkata...

utk pak long.
Salam kembali, terima kasih sudi baca catatan saya, moga ceria selalu.

Izan Ishak berkata...

tahniah norgadis!!
netqueen dah siarkan cerpen...

Norgadis Labuan berkata...

Utk Izan Ishak.
Terima kasih, ini adalah cerpen saya yang ke 3 disiarkan oleh netQueen.