Selasa, 17 November 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18 Tahun


Alhamdulillah... sehingga hari ini dah pun 18 tahun saya dan suami mendirikan rumahtangga. Sempena ulang tahun perkahwinan kami ini, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anak-anak Nurfatihah Athirah, Nurzafirah Nadirah, Nuratikah Nazurah dan Nurwathiqah Masturah kerana telah bersusah payah menyediakan kek Ulang Tahun Perkahwinan untuk kami berdua. (Ibu dan ayah sayang kamu semua...) Kepada Nurzafirah Nadirah dan Nuratikah Nazurah, ibu dan ayah ucapkan terima kasih atas hadiah yang indah untuk kami berdua...

Cukup gembira rasanya apabila anak-anak yang kita besarkan selama ini mengingati hari bersejarah kita. Kami pun sambut Ulang Tahun Perkahwinan kami dengan membawa anak-anak makan diluar. (Teringat waktu berkahwin dulu, acara bersuap-suapan ini sudah menjadi adat dalam perkahwinan)

0 ulasan: