Jumaat, 20 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kalam 2009

Semalam saya menghadiri jemputan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kalam 2009. Majlis tersebut diadakan di pentas mini, kantin Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Kalam 2009 ini diadakan adalah bertujuan:
~ Meraikan murid-murid yang telah lulus dalam peperiksaan UPSR 2009.
~ Menghargai dan mengiktiraf usaha para pelajar bagi mencapai tahap cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2009.
~ Menjadi sumber inspirasi dan semangat kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR agar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
~ Menghargai dan mengiktiraf usaha para pelajar bagi mencapai tahap cemerlang di dalam Kurikulum dan Ko-Kurikulum
~ Mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim diantara Ibubapa, guru-guru dan murid-murid.


Majlis diserikan dengan persembahan Dikir Barat, Koir dan Permainan peralatan muzik dari pelajar SK Bukit Kalam.  Persembahan Dikir Barat cukup menarik dan mengkagumkan para hadirin.  Persambahan Koir dan Puisi dari pelajar perempuan Tahun 6 2009 pun tidak kurang hebatnya.  Lagu koir "Bertemu dan Berpisah" tersebut amat menyentuh hati guru-guru, ibubapa dan pelajar Tahun 6 2009 yang akan meninggalkan sekolah tersebut.  Persembahan peralatan muzik dari Kumpulan muzik SK Bukit Kalam juga kelihatannya sungguh berbakat.

Bagi peperiksaan UPSR 2009, SK Bukit Kalam telah mencapai lulus 73% dan telah melahirkan 9 orang pelajar yang mencapai cemerlang 5A dalam UPSR tahun ini. 9 pelajar ini juga mendapat hadiah RM 300.00 setiap seorang hasil sumbangan pihak PIBG, Sekolah dan Guru Besar SK Bukit Kalam sendiri, En Abd. Sappar Hj Ag. Damit 9 Hadiah Pelajar cemerlang 5A dalam UPSR 2009 diterima oleh:
  1. Sarah Binti Awang
  2. Siti Aishazaniza Binti Zaini
  3. Mohd. Basri Bin Meripon
  4. Mohd. Idzuddin Bin Rosdin
  5. Nur Amira Syuhadah Binti Hj Pungut
  6. Nurul Syuhadah Syaedayu Binti Suzelan
  7. Nurin Nasuha Binti Mohd. Nassir
  8. Nur Taufiqah Binti Mohd Taufiq
  9. Nurul Farahana Binti Senin
Manakala terdapat juga anugerah yang lain seperti Anugerah Pelajar Terbaik, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Peningkatan, Anugerah Kehadiran Penuh, dan Anugerah Dalam Persatuan (Ko-Kurikulum).
Anugerah pelajar terbaik 2009 diterima oleh:
  1. Adik Mohd Faizal Ariff Hassan (Tahun 1K)
  2. Adik Azri Abdin (Tahun 2K)
  3. Adik Raja Amirul Naquib Raja Sazrin (Tahun 3K)
  4. Adik Fitriani Zaini (Tahun 4K)
  5. Fakhrul Aizat Bin Rosli (5K)
  6. Nurin Nasuha Binti Mohd. Nassir (6K)
Majlis diakhiri dengan jamuan makan bersama ibubapa, guru-guru dan pelajar SK Bukit Kalam di ruang kantin sekolah tersebut.