Isnin, 23 November 2009

Nuratikah Nazurah lulus UPSR 2009

Alhamdulillah... anak saya Nuratikah Nazurah Binti Abbas telah lulus dan mendapat 3A, 2B dalam peperiksaan UPSR 2009. Walaupun Atikah tidak mendapat 5A seperti 9 pelajar SK Bukit Kalam yang cemerlang dalam UPSR 2009, namun saya sebagai ibu cukup bangga dengan usaha Atikah sehingga dapat mencapai lulus 3A, 2B ini kerana sebelum ini Atikah hanya mencapai 1A sahaja dalam mata pelajaran Matematik bagi 5 mata pelajaran penting tersebut.

(Bergambar kenangan bersama Puan Rosidawati Binti Abdullah, merupakan guru matematik yang bertanggungjawab memastikan pencapaian matematik Atikah tetap ditahap yang memuaskan)

KEPUTUSAN UPSR 2009, NURATIKAH NAZURAH
  • Bahasa Melayu Kefahaman - A
  • Bahasa Melayu Penulisan - A
  • Bahasa Inggeris - B
  • Matematik - A
  • Sains - B
 

Walaubagaimanapun, Nuratikah Nazurah sempat mencurahkan rasa terkilannya kerana di saat-saat terakhir bersama guru-guru sekolah tersebut, Atikah tidak berkesempatan bergambar bersama Guru Kelas Tahun 6 Kreatif, Puan Noorsheila Aida yang telah banyak berjasa, mendidik, memberi semangat dan keyakinan diri sepanjang Atikah menjadi pelajar Tahun 6 Kreatif.

Saya mewakili keluarga, mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Guru Besar ~ Encik Abdul Sappar Hj Ag Damit,
Guru Kelas 6 Kreatif 2009 juga merupakan Guru Bahasa Inggeris ~ Puan Noorsheila Aida,
Guru Matematik ~ Puan Rosidawati Binti Abdullah,
Guru Bahasa Melayu ~ Puan Naida Binti Nganro,
Guru Sains ~ Puan Aini Haji Salleh
dan semua kerabat SK Bukit Kalam yang telah banyak menabur jasa mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Semoga kalian akan dimurahkan rezeki dan terus berjuang demi anak bangsa kita.