Jumaat, 26 Oktober 2012
Salam Aidil Adha
Selamat menyambut hari raya korban buat semua blogger yang beragama islam. Moga kita semua akan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT...
Berkorban untuk membahagiakan insan lain adalah satu langkah untuk pembersihan hati dan jiwa. Semoga Aidil Adha tahun ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua aamiin...
Rabu, 17 Oktober 2012
Cerita Surat Khabar
Aku masuk paper lagi...
Program Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012 anjuran Jabatan Penerangan dan PERWILA baru saja selesai.
Surat khabar ni keluar penghujung bulan syawal, huhuhu... dah lama baru sempat nak post kat blog.
Aku bergambar dengan Datuk Hj Bashir Hj Alias, Ketua 1, Ketua 2, AJK PERWILA dan tetamu di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri PERWILA.
Isnin, 8 Oktober 2012
Sejam Di RTM Labuan FM
Ini tengah on air di RTM Labuan FM, first time on air, sebelum ni temuramah guna rakaman saja, kalau salah boleh cut, ini kalau salah hentam sajalah huhuhu...
Hahaha... tengah mengatur ayatlah tu...
Masuk konti kali ini kerana menyampaikan info program Sayeambara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)






