Khamis, 13 Oktober 2011

Buku Aturcara Majlis Bicara Buku


Terima kasih para sahabat blogger sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ini. Maaf, beberapa hari ini aku kurang BW ke laman kalian. Aku dan rakan-rakan PERWILA tengah sibuk buat persiapan untuk program Bicara Buku. Buku aturcara Majlis Bicara Buku ni pun baru siap aku buat...



Program Bicara Buku, membicarakan buku antologi cerpen, "Peluru Cinta Victoria" terbitan PERWILA pada 15hb Okt. 2011 (Sabtu) di UMS/KAL: Jam 9.00 pagi. Sesiapa yang ada di Labuan tu, bolehlah hadir sama.


Ini kira jadual aktiviti...


Sebelah petangnya, kira-kira jam 3.00 petang, di Taman Damai, Layang-Layangan WP Labuan, kami akan mengadakan program "Santai Puisi Ke-2" yang mana para hadirin akan membaca puisi mereka.

Rabu, 12 Oktober 2011

Aku Terima Cek Dari DBP Sabah


Alhamdulillah... aku baru terima cek dari DBP Sabah untuk bayaran puisi aku yang tersiar di WADAH.


Selain cek, aku juga menerima sebuah majalah WARDAH dimana tersiarnya puisiku yang bertajuk Bicara Bahasa.


Sebenarnya sudah lama aku tidak menghantar karya ke WADAH dan Jendela Sabah. Untuk tahun 2011, ini adalah kali pertama aku menghantar puisi. Syukur, puisi ku terpilih untuk disiarkan.

Ahad, 9 Oktober 2011

Bunga Berduri

Ini antara bunga berduri tanamanku, walaupun cantik tapi kena hati-hati sebab banyak durinya. Bunga tanamanku ni taklah banyak sangat, tapi ada juga yang nak dipandang dan nak disiram, nanti aku upload bunga berduriku yang lain pula ya...