Ahad, 31 Januari 2010

Kelebihan Sedekah Al-Fatihah kepada kedua Ibu Bapa


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)"....nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari" Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

"Ya Allah, engkau masukkan malam pada siang, dan engkau masukkan siang pada malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan engkau beri rezeki dengan tiada terhingga pada siapa yang engkau kehendaki."

"Ya Allah Tuhanku yang maha kaya dan maha terpuji, Tuhan yang menakdirkan dan mengembalikan. Yang maha kasihan dan maha kasih sayang. Berilah aku kekayaan harta yang Engkau halalkan, bukan yang Engkau haramkan. Berikanlah aku kelebihan dari yang lain dengan berkah kurnia-Mu."

Khamis, 28 Januari 2010

Strange Buildings

Watch the most amazing buildings in the world.







Isnin, 25 Januari 2010

Rakyat Labuan Tidak Restu Masjid Tertua Dirobohkan

LABUAN: Usaha kerajaan untuk meroboh sebuah masjid tertua di pulau ini mendapat bantahan daripada penduduk kampung yang mahu bangunan masjid itu terus dikekalkan atas faktor nilai sejarah yang tinggi.

Masjid Jamek Adam Kampung Lajau yang berusia lebih 40 tahun bukan saja merupakan satu-satunya masjid tertua di pulau ini, malah ia memunyai nilai sejarah yang paling berharga kerana masjid yang mempunyai lebih 500 qariah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 16 Disember 1967.

“Kita tidak mahu masjid yang satu-satunya dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama di pulau ini hilang begitu saja, malah apa yang menarik dan jadi kesan sejarah ketika itu, Tuanku diarak sejauh 5…oleh penduduk kampung sebelum merasmikan masjid tersebut,” kata Ketua Kampung Lajau, Haji Sudin Omar ketika ditemui di sini kelmarin.

Menurut Haji Sudin, Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan telah memberikan kelulusan pada tahun 2008 untuk merobohkan masjid itu bagi memberi laluan kepada projek pembesaran jalan Pohon Batu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Namun katanya, masjid itu hanya akan dirobohkan apabila sebuah masjid baru yang sedang dalam pelaksanaan siap sepenuhnya.

“Walaupun Masjid Jamek Adam akan digantikan dengan masjid yang baru, namun rata-rata penduduk kampung tidak bersetuju untuk merobohkan masjid tertua itu dan mahu ia terus dikekalkan di situ,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal ketika diminta mengulas cadangan itu berkata, pihak berkuasa tempatan yang membabitkan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu mengkaji semula cadangan itu.

“Kita tidak mempunyai banyak struktur dan bangunan yang bersejarah di pulau ini, oleh itu adalah wajar bangunan yang mempunyai nilai sejarah dipelihara dan dikekalkan, malah ia boleh dijadikan sebagai produk pelancongan dari sudut sejarah Islam,” katanya.

Yussof yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, sebaliknya mencadangkan supaya projek pembesaran jalan itu di lencongkan ke arah lain dan masjid itu jika tidak lagi digunakan sebagai tempat beribadat boleh dijadikan sebagai pusat sumber ilmu Islam seperti dijadikan Perpustakaan Islam atau pusat pengajian agama.