Selasa, 23 Oktober 2018

Tangisan

Sekuat mana pun kesabaran kita tapi kadangkala air mata tetap terjurai.  Semakin ditahan semakin sakit dirasa.  Mungkin orang sekitar kita tidak mengeri apa yang kita tangiskan dan kadang juga kita sukar berkongsi rahsia kesedihan kerana kita bimbang menjadi salah faham dan ianya akan lebih memburukkan keadaan.  Namun begitu, jika ada insan yang boleh kita percaya, eloklah kita luahkan, walaupun bukan menyelesaikan masalah yang kita hadapi tetapi ianya boleh mengurangkan beben kejiwaan yang kita tanggung.

Apa yang penting disaat kita menghadapi kemurungan, banyak bersabar (sabar bukan semudah yang diucapkan) mengadulah kepada Allah.  Yakinlah Allah sentiasa mendengar luhan hati kita dan Dialah yang akan memberi jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi.  Moga kita terus tabah dan dikuatkan iman, aamiin


0 ulasan: