Sekuat mana pun kesabaran kita tapi kadangkala air mata tetap terjurai.  Semakin ditahan semakin sakit dirasa.  Mungkin orang sekitar kita tidak mengeri apa yang kita tangiskan dan kadang juga kita sukar berkongsi rahsia kesedihan kerana kita bimbang menjadi salah faham dan ianya akan lebih memburukkan keadaan.  Namun begitu, jika ada insan yang boleh kita percaya, eloklah kita luahkan, walaupun bukan menyelesaikan masalah yang kita hadapi tetapi ianya boleh mengurangkan beben kejiwaan yang kita tanggung.
Apa yang penting disaat kita menghadapi kemurungan, banyak bersabar (sabar bukan semudah yang diucapkan) mengadulah kepada Allah.  Yakinlah Allah sentiasa mendengar luhan hati kita dan Dialah yang akan memberi jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi.  Moga kita terus tabah dan dikuatkan iman, aamiin
Sabtu, 20 Oktober 2018
PENGANAN Dari Dapur Penulis
PENGANAN Dari Dapur Penulis adalah sekuel kepada
projek MENU Dari Dapur Penulis di mana dalam buku ini 102 menghimpunkan resipi
penganan, atau juadah kuih muih sarapan pagi atau minum petang daripada 34
orang penulis.
Aku berangan nak jadi chef, siapa kata tak boleh?
Boleh saja kalau kita mahu, kita kan penulis, suka hati kitalah mencipta watak,
ya tak?
Siap untuk dihidang
Senarai penyumbang resipi PENGANAN
Dari Dapur Penulis
01 - Aloy Indra Jokina 
Agar-Agar Pandan, Bun Ikan Bilis, Donat Coklat Cip
02 - Asmira Suhadis 
Agar Agar Kelapa Laut, Dodol Labu, Lepat Betik
03 - Dipinggiran DP 
Agar-Agar Buah Naga, Apam Susu Kukus, Cucur Kurma
04- Has Yusoff 
Kuih Lopes, Kuih Ubi Kayu Kukus, Pengat Ubi Kayu
05- Issey Miyaki 
Bantal Raja, Peneram Bilis Basah, Terigu Nangka
06 - Jalimah Jaudin 
Apam Nasi, Bebola Durian King, Pergedel Tauhu
07 - Jamilah Harun 
Karipap Roti, Kuih Koleh Kacang, Taming Sari
08 - Kamarsinah Sarkam 
Jejari Keladi Goreng, Jemput Jemput Ikan Rebus, Puding
Roti Karamel
09 - Karisma Rindu 
Krim Puff Durian, Kuih Cara Berlauk, Agar Agar
Balak Hanyut
10 - Khaziah Bte Yem 
Bebola Mi, Kaswi Bandung, Kaswi Kacang Hijau
11 - Nohan Norehan 
Cucur Udang Tauhu Bersayur, Jejari Keledek Goreng
Berempah, Ladu Ayam Goreng Kukus
12 - Nor Lida Baharim 
Bubur Anak Lebah, Badak Berendam, Popia Basah
13 - Norgadis Labuan 
Kek Keju, Kek Mentega, Kek Sarang Semut
14- Norlizah Mohd Yassin 
Kek Hitam Manis, Kek Koko, Shepher Pie
15 - Pak Engku 
Kerepek Ubi Kayu, Wajik Durian, Wajik Sirat
16 - Paridah Ishak 
Cucur Nasi, Lepat Liat Tradisi, Talam Berlauk
17 - Qurniaan Pencinta JiWa 
Bingka Pisang, Murtabak Popia Ramly, Nuget Roti
Dengan Kentang
18 - Raonah Mohd Sam 
Jemput Jemput Nuget Tempura, Lempeng Kelapa, Somsom
Kurma
19 - Rashru Samrah 
Cucur Epal Lemon, Kuih Cara, Lempeng Sagu
20 - Ruslina Rakib 
Apam Kukus, Apam Lenggang, Cucur Durian
21 - Russ Asan (Mak Russ) 
Bebola Pulut Durian, Cup Cake Durian, Lempeng
Pisang Bermadu
22 - Sabariah Nor Salleh 
Cek Mek Molek, Menganang Telur, Tepung Bunga
23 - Saniah Masri 
Agar-Agar Roti, Labu Lemak Goreng, Nuget Ayam
24 - Saudah Mat Lazim 
Agar Agar Cinta Tiga Segi, Agar Agar Keledek, Ketayap
Durian
25 - Seti Zaleha 
Abok Abok Sagu, Apam Kampung Gebus, Kuih Kaswi
26 - Siti Sara Salwana 
Cucur Jagung Ikan Bilis, Kuih Jala, Tepung Bungkus
27 - Sujata Wee 
Agar Agar Kastad, Buah Melaka, Pulut Dakap
28 - Suzana Jumadil 
Kek Lapis Kasih Horlick, Kek Lapis Poppy Day, Kek
Lapis Semerbak Holiday Inn
29 - Syidah Ida 
Apam Puteri Ayu, Roti Goreng Cheese Leleh, Sandwic
Telur
30 - Tabir Alam 
Cheesecuits, Penkek, Trifle
31 - TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar 
Kasidah, Pek Nga Pisang, Sagun
32 - Wahidah Hj Ahmad 
Apam Pisang Gebu, Ketuk Ubi, Keria Ubi Keledek
33 - Yahti Hayati 
Lepat Kacang Hijau, Roti Telur Bakar, Sagu Pandan
34 - Yanz Hamzah 
Bubur Durian Sagu, Cekodok Sayur, Murtabak Maggi
Kari 
Rabu, 10 Oktober 2018
Love Labuan
 Tercapai sudah hajat kan begambaa arah Love. Uja dangan, dangki nuut 
 Walaupun dalam pulau, tapi inda jua bilang haie begambaa di sini
Labuan di tanganku
Langgan:
Ulasan (Atom)








