Sabtu, 17 November 2018
Ulang Tahun Perkahwinan Ke-27 Tahun
27 tahun bukan masa yang singkat untuk menjalani sebuah kehidupan berkeluarga. Pahit manis dirasa bersama, derita bahagia diharungi bersama. Alhamdulillah berkat keredaan Allah kita tetap bersama. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-27 untuk kita berdua, moga kasih sayang kita mendapat rahamat Allah dan kebahagiaan menjadi milik kita dunia dan akhirat aamiin.
Khamis, 8 November 2018
PASAK #152 Martabat Bahasa Melayu
Alhamdulillah buku Antologi Puisi PASAK #152 Martabat Bahasa Melayu telah selamat saya terima. Terima kasih tuan Tabir Alam. Tahniah kepada semua yang turut menyumbang karya.
Tahniah kepada Aloy Indra Jokina, Ami Masra, bunda Anie Din, Bayu Pagi,, Fadziah Fauziah Md ZakariaGabriel Kimjuan, Issey Miyaki, Jalimah Jaudin, Jamilah Harun, Jelison Jupin,K. Manja,Karisma Rindu, Kelompen Koe, Kesuma Indera,Nazim Mohd Subari, Nohan Norehan, Blog Norgadis Labuan, Sangkar Akademik Sanggar Nurimas, Onn Abdullah, Pak Engku, kak Paridah Ishak, Pauzi Mohd Isa, Puzi Hadi, Qurniaan Pencinta JiWa,Raonah Mohd Sam, Roserina S. Sari, Rozeline Vitalis, Rufaifa Abdullah, Russ Asan, Sabariah Nor Salleh, kak Saniah Masri, Sarji Kasim, Saudah Mat Lazim, Seti Zaleha, Shapiai Mohd Ramly, Sujata Wee, Syidah Ida, tuan Tabir Alam, Tunza, Yahti Hayati dan Yanz Hamzah.
Karyaku
Isnin, 5 November 2018
GEMA NABALU
Alhamdulillah buku GEMA NABALU telah selamat saya terima, terima kasih DBP Cawangan Sabah kerana memilih puisi saya, terima kasih abang Hasyuda Abadi dan kak Hjh Asmiah Ajamain atas kerjasama selama ini.
Tahniah kepada semua penulis yang karya mereka terpilih dalam antologi ini
Jumaat, 2 November 2018
Rindu Mama
Gambar kenangan semasa umrah bersama mama 2005
Sudah lama tak bermimpi jumpa mama, tapi semalam aku mimpi, mama ajak aku tidur bersama di tempatnya. Sebelum ini sudah 2 kali aku bermimpi mama ajak aku pergi bersamanya. Kali pertama aku menolak, kali kedua tak sempat ikut sebab terus tersedar. Aku rindu mama, moga mama tenang di sana, insyaAllah satu hari aku juga akan menyusul. 😭😭😭
Selasa, 23 Oktober 2018
Tangisan
Sekuat mana pun kesabaran kita tapi kadangkala air mata tetap terjurai. Semakin ditahan semakin sakit dirasa. Mungkin orang sekitar kita tidak mengeri apa yang kita tangiskan dan kadang juga kita sukar berkongsi rahsia kesedihan kerana kita bimbang menjadi salah faham dan ianya akan lebih memburukkan keadaan. Namun begitu, jika ada insan yang boleh kita percaya, eloklah kita luahkan, walaupun bukan menyelesaikan masalah yang kita hadapi tetapi ianya boleh mengurangkan beben kejiwaan yang kita tanggung.
Apa yang penting disaat kita menghadapi kemurungan, banyak bersabar (sabar bukan semudah yang diucapkan) mengadulah kepada Allah. Yakinlah Allah sentiasa mendengar luhan hati kita dan Dialah yang akan memberi jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi. Moga kita terus tabah dan dikuatkan iman, aamiin
Apa yang penting disaat kita menghadapi kemurungan, banyak bersabar (sabar bukan semudah yang diucapkan) mengadulah kepada Allah. Yakinlah Allah sentiasa mendengar luhan hati kita dan Dialah yang akan memberi jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi. Moga kita terus tabah dan dikuatkan iman, aamiin
Sabtu, 20 Oktober 2018
PENGANAN Dari Dapur Penulis
PENGANAN Dari Dapur Penulis adalah sekuel kepada
projek MENU Dari Dapur Penulis di mana dalam buku ini 102 menghimpunkan resipi
penganan, atau juadah kuih muih sarapan pagi atau minum petang daripada 34
orang penulis.
Aku berangan nak jadi chef, siapa kata tak boleh?
Boleh saja kalau kita mahu, kita kan penulis, suka hati kitalah mencipta watak,
ya tak?
Siap untuk dihidang
Senarai penyumbang resipi PENGANAN
Dari Dapur Penulis
01 - Aloy Indra Jokina
Agar-Agar Pandan, Bun Ikan Bilis, Donat Coklat Cip
02 - Asmira Suhadis
Agar Agar Kelapa Laut, Dodol Labu, Lepat Betik
03 - Dipinggiran DP
Agar-Agar Buah Naga, Apam Susu Kukus, Cucur Kurma
04- Has Yusoff
Kuih Lopes, Kuih Ubi Kayu Kukus, Pengat Ubi Kayu
05- Issey Miyaki
Bantal Raja, Peneram Bilis Basah, Terigu Nangka
06 - Jalimah Jaudin
Apam Nasi, Bebola Durian King, Pergedel Tauhu
07 - Jamilah Harun
Karipap Roti, Kuih Koleh Kacang, Taming Sari
08 - Kamarsinah Sarkam
Jejari Keladi Goreng, Jemput Jemput Ikan Rebus, Puding
Roti Karamel
09 - Karisma Rindu
Krim Puff Durian, Kuih Cara Berlauk, Agar Agar
Balak Hanyut
10 - Khaziah Bte Yem
Bebola Mi, Kaswi Bandung, Kaswi Kacang Hijau
11 - Nohan Norehan
Cucur Udang Tauhu Bersayur, Jejari Keledek Goreng
Berempah, Ladu Ayam Goreng Kukus
12 - Nor Lida Baharim
Bubur Anak Lebah, Badak Berendam, Popia Basah
13 - Norgadis Labuan
Kek Keju, Kek Mentega, Kek Sarang Semut
14- Norlizah Mohd Yassin
Kek Hitam Manis, Kek Koko, Shepher Pie
15 - Pak Engku
Kerepek Ubi Kayu, Wajik Durian, Wajik Sirat
16 - Paridah Ishak
Cucur Nasi, Lepat Liat Tradisi, Talam Berlauk
17 - Qurniaan Pencinta JiWa
Bingka Pisang, Murtabak Popia Ramly, Nuget Roti
Dengan Kentang
18 - Raonah Mohd Sam
Jemput Jemput Nuget Tempura, Lempeng Kelapa, Somsom
Kurma
19 - Rashru Samrah
Cucur Epal Lemon, Kuih Cara, Lempeng Sagu
20 - Ruslina Rakib
Apam Kukus, Apam Lenggang, Cucur Durian
21 - Russ Asan (Mak Russ)
Bebola Pulut Durian, Cup Cake Durian, Lempeng
Pisang Bermadu
22 - Sabariah Nor Salleh
Cek Mek Molek, Menganang Telur, Tepung Bunga
23 - Saniah Masri
Agar-Agar Roti, Labu Lemak Goreng, Nuget Ayam
24 - Saudah Mat Lazim
Agar Agar Cinta Tiga Segi, Agar Agar Keledek, Ketayap
Durian
25 - Seti Zaleha
Abok Abok Sagu, Apam Kampung Gebus, Kuih Kaswi
26 - Siti Sara Salwana
Cucur Jagung Ikan Bilis, Kuih Jala, Tepung Bungkus
27 - Sujata Wee
Agar Agar Kastad, Buah Melaka, Pulut Dakap
28 - Suzana Jumadil
Kek Lapis Kasih Horlick, Kek Lapis Poppy Day, Kek
Lapis Semerbak Holiday Inn
29 - Syidah Ida
Apam Puteri Ayu, Roti Goreng Cheese Leleh, Sandwic
Telur
30 - Tabir Alam
Cheesecuits, Penkek, Trifle
31 - TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar
Kasidah, Pek Nga Pisang, Sagun
32 - Wahidah Hj Ahmad
Apam Pisang Gebu, Ketuk Ubi, Keria Ubi Keledek
33 - Yahti Hayati
Lepat Kacang Hijau, Roti Telur Bakar, Sagu Pandan
34 - Yanz Hamzah
Bubur Durian Sagu, Cekodok Sayur, Murtabak Maggi
Kari
Rabu, 10 Oktober 2018
Love Labuan
Tercapai sudah hajat kan begambaa arah Love. Uja dangan, dangki nuut
Walaupun dalam pulau, tapi inda jua bilang haie begambaa di sini
Labuan di tanganku
Rabu, 5 September 2018
Langgan:
Catatan (Atom)