Sabtu, 29 September 2012

Festival Kesenian Dan Kebudayaan Tadika Islam

Aku sekeluarga mendapat jemputan menghadiri Festival Kesenian Dan Kebudayaan Tadika Islam MAWIP pada 29 September 2012 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Kebetulan anak aku Nurwathiqah Masturah ikut bertanding nasyid mewakili Sekolah Tadika Al-Iman Layang-Layangan WP Labuan 

Panel Hakim

Johan Nasyid dari Tadika Islam Nurul Iman Pekan (Vest kuning), Naib Johan Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan (Vest hitam), Ketiga Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dan keempat Tadika Islam Membidai.

Johan Hafazan ketegori lelaki, adik Endy Firdaus (kiri) dari  Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dan naib johan adik Hazrik Syah Putera (kanan) dari Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan.

Johan Hafazan ketegori perempuan, adik Nurhuzaibah Ramizu (kiri) dari Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dan naib johan adik Nurul najwa Farisha Khairul Azmi (kanan) dari Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan.

Johan deklamasi sajak, adik Nur Ain Aisyah (kiri) dari Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dengan sajaknya "Kasih Sayang Ibu Bapa" dan naib johan adik Saidatul Najwa Maruf (kanan) dari Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan dengan sajaknya "Ibu".

Johan KUIS ketagori lelaki adik Mohd Wafi (kiri) dari Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dan naib johan (kanan) dari Tadika Islam Nurul Iman Pekan.

 Johan KUIS ketagori perempuan adik adik Nur Ain (kiri) dari Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dan naib johan adik Nurbatrisyah (kanan) dari Tadika Islam Nurul Iman Pekan.

 Johan bercerita,  adik Nurhuzaibah Ramizu (kiri) dari Tadika Islam Al-Amal Tanjung Aru dengan dan naib johan adik Nurfarhana (kanan) dari Tadika Islam Al-Iman Layang-Layangan.


Johan AZAN, adik Ahmad Dini (kiri) dari Tadika Islam Nurul Iman Pekan dan naib johan adik Akmal Izat (kanan) dari Tadika Islam Membidai.

Dah selesai acara Festival Kesenian Dan Kebudayaan Tadika Islam WP Labuan.

Bergambar ramai

Happynya Wathiqah dapat naib johan nasyid, paling happy lagi sebab dapat hadiah tu...

10 ulasan:

akubiomed berkata...

Comel-comel adik kita. Bila terlibat dengan aktiviti seperti ini terasa sejuk di mata ibubapa.

Norgadis Labuan berkata...

@akubiomed.
Happy, terharu pun ada rasanya tengok budak2 sekecil dorang ni dah pandai baca Quran, tahu bahasa arab, pandai mengira dan membaca.

tehr berkata...

wah meriahnya budak2
penuh warna warni
tahniah kepada semua yang mengambil bahagian tu

Norgadis Labuan berkata...

@tehr.
Memang meriah, seronok tengok budak2 tu buat persembahan.

blog usang berkata...

tahniah buat Wathiqah

khairul berkata...

bakat2 muda yg hebat

Norgadis Labuan berkata...

@blog usanga.
Terima kasih hehehe... (wakil Wathiqah)

Norgadis Labuan berkata...

@khairul.
Budak-budak tu memang berbakat...

Angah berkata...

cute nya..

Norgadis Labuan berkata...

@Angah.
Siapa yg cute? Budak2 tu memang cute, Angah pun cute hehehe...