LABUAN: Perkembangan terkini kejadian Kebakaran Kapal Alpinia di Labuan. Mayat Mohamad Hanafi Khalil 24 tahun dan Zahari Hassim 46 tahun ditemui
terapung sejauh 30 meter dari lokasi kejadian semalam.
ANGGOTA polis dan bomba membawa mayat mangsa
tragedi kebakaran Kapal tangki minyak Bunga Alpinia ke bilik mayat
Hospital Nuklus Labuan petang tadi. Dua daripada empat mangsa yang
hilang berjaya di temui petang tadi. - Foto Edmund Samunting
*************************
LABUAN: Usaha
akan terus dipergiat dalam mencari Muhammad Nazrin bin Khamsani,
seorang lagi anak kapal Bunga Alpinia milik MISC yang masih hilang sejak
kejadian itu pada Khamis lalu.
Sementara itu, mayat Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun ditemui terapung di kawasan perairan kampung Nagalang kira-kira 11.7 kilometer dari Jeti Petronas Methanol Labuan.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan, Jainal Madasin berkata,
mangsa ditemui oleh penduduk kampung berhampiran kira-kira pukul 09.04
minit pagi tadi. Mangsa dibawa ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM Labuan.
Bilik Berita Rtm Labuan :28/O7/2012
**************************
LABUAN: Mangsa terakhir kebakaran Kapal Bunga Alpinia Dijumpai tengah hari tadi.
Mangsa terakhir, Muhammad Nazrin Khamsani telah dijumpai di atas kapal tersebut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Encik Zainal Maasin
berkata mangsa yang berumur 20 tahun dijumpai pada jam 01.42 tengah hari
tadi (Isnin).
Menurutnya operasi mencari mangsa tersebut dilakukan
setelah pihaknya melakukan operasi kerja – kerja menutup permukaan
kapal dengan menggunakan buih. Encik Zainal berkata mangsa berjaya dikeluarkan di Jeti Polis Marin Labuan pada jam 3.10 petang.
Bercakap ketika dihubungi sebentar tadi beliau berkata, pihaknya masih
lagi melakukan operasi mencari itu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM), Jabatan Laut serta Polis Marin, di sekitar perairan
Labuan. Mangsa telah di bawa ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.
Kapal Bunga Alpinia milik MISC terbakar pada jam 2.45 minit pagi Khamis lalu di Jeti Petronas Methanol Labuan. 19 anak kapal terselamat manakala 5 lagi terkorban daripada 24 anak kapal Bunga Alpinia dalam insiden itu.
10 ulasan:
Alfatihah untuk sahabatku Allahyarham Mohd Hanafi Kalil.. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan dtmpatkan dlm glongan org y beriman... We miss you sahabat. Segala suka duka kat kolej dlu xkan aku lupakan..bersyukur sebab aku masih bpeluang jd sahabat kau.. Minx Allah ampunkan segala dosa2 kau..aminnn
@Tanpa Nama.
Moga mereka ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman dan moga dipermudahkan segalanya utk mereka...
Yang pergi tetap pergi dan kita pasti akan ke sana jua...
Salam, norgadis. Kesian betul.... Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya.....Amin...
al fatihah..tabahlah d ats kehilangan..ingtlah Allah lbih sygkn mrka..sbr la.n setialah sedekahkn doa n al fatihah agr arwa tenang d sna..amin.
Salam Kak Imun.
Saya memang cukup bersimpati dengan mangsa dan keluarganya, lebih2 lagi sekarang ini dibulan ramadhan, yang pasti akan ada rasa kehilangan pabila hari raya menjelang tiba.
@Tanpa Nama.
Sama2lah kita berdoa akan kesejahteraan mereka. Allah lebih mengetahui segalanya yang terbaik utk umatnya.
Diharap selepas kejadian ini
kerja2 loading dan unloading cecair mudah terbakar tidak akan dilakukan
apabila ada kejadian petir di Labuan,perlu juga ada sistem early warning seperti siren di kawasan berdekatan atau SMS untuk berpindah misalnya luar dari linkungan 5km atau lebih
sewaktu kebakaran masih belum dipadamkan,memandangkan kapal yg terbakar itu cuma 250meter dari tangki methanol yg terdekat,
saya tak dapat bayangkan apa yg akan terjadi pada pulau ini kalau ia merebak ke dua tangki simpanan ini.Kemungkinan senario yg sama seperti Labuan di tahun 1945.
@thomas.
Saya sendiri rasa pelik, kenapa masih lagi dijalankan kerja2 loading sedangkan kejadian petir telah berlaku, sepatutnya secara sepontan, semuanya akan terhenti, bahaya amat besar bagi Pulau Labuan yang kecil ini, rasanya kalau terjadi perkara yang diluar jangkaan, tiada tempat untuk penduduk Labuan melarikan diri kerana tiada kemudahan jambatan untuk ke tanah besar. Moga kejadian ini menjadi iktibar agar dimasa akan datang sistem keselamatan perlu diambil berat.
Sebagai penduduk di sini,diharap kak dapat membawa perkara ini keatas utk
berbincang dgn pihak bomba dan Petronas tentang langkah2 keselamatan yg perlu diambil
oleh penduduk sekiranya berlaku perkara yg sama,bertanyakan tentang jarak selamat(safe Distance)kiranya tangki2 simpanan betul2 meletup.
lihat cth ni Letupan
@thomas.
Mungkin tidak semudah yang diungkapkan, maklumlah saya hanyalah seorang surirumah yang tidak mungkin akan dipandang oleh orang2 yang berpangkat besar, namun begitu apa salahnya menyuarakan pendapat, insyaAllah jika ada saat yang sesuai mungkin akan disuarakan di ruangan WE LOVE LABUAN. Terima kasih atas perhatian anda utk penduduk Labuan.
Catat Ulasan