Sesampai di sana, kulihat bendahari PERWILA juga ada sama, nampaknya aku tak keseorangan. bagus bagus bagus...
Tuan Hj Othman Mahali (Bendahari PERWILA)
Kira-kira jam 3 petang, aku dan bendahari PERWILA Tuan Hj Othman Mahali dibawa berbincang berkenaan program "Gemersik Citra Suara Hati" yang bakal disiarkan bermula esok malam.
Aku diminta bercerita berkenaan pengalaman aku dalam dunia penulisan. Alamak! Apalah pengalaman yang ada untuk ku kongsikan.
Untuk pengetahuan para blogger yang disayangi, setakat ini puisi dan cerpen aku telah dimuatkan didalam beberapa antologi bersama penulis lain. Antaranya ialah:
1. Antologi Puisi Peta Seniman, 1998.
2. Antologi Puisi Tasbih Rindu, 1998.
3. Antologi Puisi Gema Membelah 13, 2000.
4. Antologi Puisi Teluk Persalaman 2001.
5. Antologi Cerpen Runtuh, 2001
6. Antologi Puisi Kita Kata Kota, 2001
7. Antologi Puisi Kota Asas Temadun Bangsa, 2002
8. Antologi Puisi Kota Kita Wajah Kita, 2003
9. Antologi Puisi Kota Gemilang Warisan Kita, 2004
10. Antologi Puisi Kota Budaya Citra Sejagat, 2005
11. Antologi Puisi dan Cerpen Lambaian Teluk, 2008
12. Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita, 2009 dan
13. Antologi Cerpen Peluru Cinta Victoria, 2011
Aku juga telah menerima Warkah Penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tinta Emas pada 08 Mei 2003, di Pacific Sutera, Kota Kinabalu atas sumbangan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.

DJ Salbiah Ajis, penerbit "Gemersik Citra Suara Hati"
Kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan, dengarkanlah "Gemersik Citra Suara Hati" yang akan disiarkan bermula esok 9 Mac 2012, jam 9.15 malam di RTM Labuan FM. Beberapa buah puisiku akan ke udara esok...
6 ulasan:
fulamak hebatlah Kak Nor !
tahniah, nor
harap2 nanti ada pula puisi dalam lagu
wahhh.. teruskan karier kak. Semoga berjaya.
@Khairul.
Tak ada hebatnya, temuramah sikit je tu hehehe...
@tehr.
Terima kasih... Sebenarnya permintaan membuat lagu puisi tu dah ada, cuma saya yang belum ada idea ni...
@DiyanaTjuman.
Terima kasih dik... selagi ada idea, teruslah saya menulis tu, cuma penyakit malas tu yang selalunya jadi penghalang huhuhu...
Catat Ulasan