Sambutan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam cukup meriah. Kehadiran ibu bapa murid-murid sekolah tersebut diluar jangkaan. Walaupun sambutan Hari Raya kali ini diadakan pada hari jumaat bersamaan hari berkerja, namun ianya tidak menghalang atau tidak menjadi alasan ibu bapa untuk tidak hadir malah dengan cukup rasa gembira mereka hadir merayakan aidilfitri bersama warga sekolah tersebut. Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah menambah seri Majlis Hari Raya yang hanya dibuat setahun sekali itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan