Jumaat, 8 Mei 2009

TEKAD

Karya: Norgadia Labuan

Atas nama tuhanku

aku berani menyusur malam
bergandingan
dengan insan asing

sibuk dan pantas
mengatur langkah sendiri

menghitung detik waktu
mengapai misi
menempis angkuh
memasung biadap.


Bertemankan zikirullah
aku ditebing malam
terus tekun
meneliti raut
mentelaah wajah
agar langkah terus mantap
bersama tekad yang satu.



Jeddah, 12 Rabiulawal 1426

Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita

2 ulasan:

Farmilla Hamdi berkata...

Kalau dapat senaskhah antologi tu tentu menarik...

Norgadis berkata...

salam. antologi tu d jual hanya rm 15. klu berminat bolehlah hubungi saya atau bendahari hj othman mahali.