Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke tanganku "Gema Membelah 17"
Antologi Puisi Sempena Hari Puisi Nasional ke-19. Puisi bertajuk "Penghujung Waktu" karyaku satu-satunya penulis dari Labuan termuat dalam buku ini bersama penulis lain.
Isnin, 20 Mei 2013
Selasa, 14 Mei 2013
3 Buah Buku Karyaku Bersama Penulis Lain
Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada sdr Rezal Pawana atas kerjasama dan kiriman buku yang dinantikan ini. Moga akan terus dapat berkerjasama dimasa akan datang. Antologi Puisi Anjung Serindai ini diterbitkan olrh BAHASA Sandakan.
Alhamdulilah, setelah aku menerima Antologi Puisi Anjung Serindai, kali ini aku menerima antologi dari negara jiran iaitu Indonesia. Buku-buku ini telah selamat aku terima pagi semalam. Aku mewakili teman-teman dan PERWILA mengucakan terima kasih kepada sdr Naga Pamungkas atas kiriman buku-buku yang kami nantikan ini. Moga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang.
Antologi Cerpen "Aminah Sjoekoer" Di Atas Kapal Nederland (1928) 22 Cerpen Borneo Pilihan. Buku ini memuatkan sebuah cerpen karyaku dan karya sahabatku Rafidah Mohamad (Labuan) bersama penulis Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Antologi Puisi "Suara 5 Negara" pula memuatkan puisi dari Labuan termasuk aku Norgadis Labuan, anakku N Athirah Al-Labuani, Sani La Bise, Gabriel Kimjuan dan Nadirah Junior.
Puisi "Anjung Serindai" bersama Aidilovecairo Cairokell, Al-Rashid, Bia Bee,Maharatu Rafidah Mohamad, Man-L, Mazlan Lantera, Bay-Mz dan aku Norgadis Labuan sebagai penulis WP Labuan.
Alhamdulilah, setelah aku menerima Antologi Puisi Anjung Serindai, kali ini aku menerima antologi dari negara jiran iaitu Indonesia. Buku-buku ini telah selamat aku terima pagi semalam. Aku mewakili teman-teman dan PERWILA mengucakan terima kasih kepada sdr Naga Pamungkas atas kiriman buku-buku yang kami nantikan ini. Moga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang.
Antologi Cerpen "Aminah Sjoekoer" Di Atas Kapal Nederland (1928) 22 Cerpen Borneo Pilihan. Buku ini memuatkan sebuah cerpen karyaku dan karya sahabatku Rafidah Mohamad (Labuan) bersama penulis Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Antologi Puisi "Suara 5 Negara" pula memuatkan puisi dari Labuan termasuk aku Norgadis Labuan, anakku N Athirah Al-Labuani, Sani La Bise, Gabriel Kimjuan dan Nadirah Junior.
Rabu, 3 April 2013
Selamat Hari Pendek Umur Norgadis
Dalam
pelarian waktu yang singkat ini, masih
adakah ruang untukku menghimpun
indahnya zikrullah, melagukan
ayat-ayat suci-Mu, menggengam
mahligai iman bersama
kejernihan air mata taubatku sebagai
pengiring menyahut seruan-Mu.
"Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku terus bernafas"
Terima kasih abang, atas hadiah ini, terima kasih juga atas didikan, kasih sayang, pengorbanan, pengertian sepanjang hidup bersama sayang, moga jodoh kita berpanjangan dari dunia hingga akhirat dan moga abang akan dirahmati Allah, berjaya dalam cita-cita serta diberkati selalu. Aamiin.
Terima kasih Nurcahaya Atikah atas hadiah lukisan yang indah ini, moga dimurahkan rezeki, berjaya dalam bidang yang Atikah ceburi dan moga diberkati selalu aamiin...
Terima kasih Nurzafirah berikan ibu hadiah baju dan loket, moga Firah dimurahkan rezeki, sukses dalam setiap kerjaya yang diceburi dan moga diberkati selalu aamiin...
Hadiah dari Nurwathiqah, comel hadiahnya ni, menurut abang, hadiah ni dipilih oleh Wathiqah sendiri. Terima kasih Wathiqah, moga menjadi anak yang pintar dan diberkati selalu aamiin...
Langgan:
Catatan (Atom)








