Saya sekeluarga menghadiri jemputan rumah terbuka Puan Salbiah Ajis sempena Hari Raya Aidilfitri di Simpang 1, Kampung Lajau, WP Labuan. Beliau merupakan penerbit bagi Rancangan Eh Dih Dih dan Gemersik di RTM Labuan FM. Puan Salbiah juga merupakan salah seorang AJK PERWILA 2009.
Pada 23 September 2009, jam 8.00 pagi saya dan keluarga berada di atas Ferry Labuan - Menumbuk. Pelayaran yang sepatutnya dibuat lebih awal itu tertunda hingga jam 9.45 pagi akibat kerosakkan kemudi Ferry tersebut. Walau bagaimanapun, kami akhirnya sampai juga ke Menumbuk kira-kira jam 11 pagi. (Berada diatas Ferry Labuan - Menumbuk) Kami meneruskan perjalanan ke kampung Maraba, daerah Beoufort dan bersolat zohor di Masjid di kampung tersebut. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke kampung Naluyan dan makan tengahari di rumah adik ipar saya. (Beraya di rumah staff TM Malaysa Bhd. Kampung Maraba, Beaufort, Sabah) (Beraya di kampung Lubuk Darat, daerah Sipitang, Sabah) Selepas itu kami ke kampung Lubuk Darat melawat kebun durian milik penududuk kampung tersebut. (Kebun Durian Di Kampung Lubuk Darat, Daerah Sipitang, Sabah) Seronok melihat buah-buah durian yang banyak. Alangkah baiknya jika memiliki kebun durian seperti itu. Apakah tanah subur di belakang sana bakal dimiliki? Insya-Allah jika ada rezeki... Kami meneruskan perjalanan pulang dari daerah Sipitang, Sabah ke Menumbuk dan sempat singgah solat di Masjid sebelum sampai di Menumbuk kira-kira jam 8.30 malam. Ferry berangkat dari Menumbuk kira-kira jam 11 malam dan sampai di Labuan kira-kira jam 12.45 pagi.
24 September 2009 Selamat Hari Lahir yang ke-42 tahun untuk suami tersayang, mudah-mudahan segala impian dan cita-cita menjadi kenyataan dan semoga abang akan diberkati Allah SWT selalu.
Dari hati yang tulus suci ini, kupohon berjuta kemaafan andainya ada bicara menghiris jiwa dan ada kata yang melukakan hati. Tidak terniat berlaku demikian, namun kusedar kelemahan diri... Semoga lebaran kali ini akan membawa sebuah senyuman pada kalian semua SAHABAT