Khamis, 12 Jun 2014

Antologi Puisi MH370 Bakal Terbit

Bukan gambar kulit buku sebenar

As salam semua para blogger tersayang, lama rasanya tak melawat blog aku ni, sibuk memanjanglah konon. Tak sibuk buat-buat sibuklah tu hehehe... 

Tiada apa yan nak diceritakan sangat, cuma sekarang PERWILA dalam proses penerbitan Antologi Puisi MH370, itu yang kononnya sibuk tu, alhamdulillah... walaupun tak ramai yang buat kerja dalam penerbitan ini tapi aku memiliki rakan yang banyak membantu.  Terima kasih Dr. Harun, Hj Othman, Hj Suili, Cikgu Sahar, Rafidah dan Gabriel kerana banyak membantu terutama sekali Rafidah yang aku ganggu tak kira siang, malam, pagi, subuh, petang, dia ok saja.  Seronok ada kawan sebaik dia. 

Moga penerbitan ini berjalan dengan lancar aamiin....

Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah menjadi pendidik. Amal bakti kalian akan dikenang sepanjang zaman.


DEDIKASI KEPADA GURU

Bilakah kami dapat membalas jasamu
jasa yang begitu tinggi harganya
tidak dapat kami gapai walau ke awan biru
kerana ketinggian ilmu tidak dapat dinilai
walau dengan wang berjuta.

Terimalah ucapan terima kasih
terima kasih untuk segala-galanya
kerana kalian mendidik kami
untuk mengenal erti hidup
menjadi manusia.

Khamis, 3 April 2014

43 Tahun Sudah


Alhamdulillah, 43 tahun sudah usiaku hari ini
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan aku 
nyawa untuk terusku bernafas
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan aku 
semua anggotaku
Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan aku 
keluarga dan sahabat yang menyayangiku
Moga dengan tambahnya bilangan usia dan memendekkan waktuku ini
akan menambah kematanganku dalam menjalani kehdupan yang mendatang.
Aamiin.

Hadiah dari suami dan anak-anak.
Terima kasih abang dan semua anak-anak ibu, moga ikatan kasih sayang antara kita akan kukuh hingga ke syurga aamiin.