Sempena ulang tahunku yang ke 44 tahun ini, aku ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Allah, Tuhan yang satu kerana memberi kesempatan untukku menyedut dan menghembus nafas serta menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta dan semua saudara mara juga sahabat yang mengenali diriku atau hanya sekadar mengenal namaku saja.
Terima kasih buat suami tercinta yag tak pernah lupa memberikan hadiah setiap hari kelahiranku tiba. Terima kasih kerana menjadi suami, guru, sahabat, kekasih, bekas tunang, yang memberi nasihat dan semangat untuk terus menjalani kehidupan yang semakin mencabar.
Terima kasih juga buat anak-anak ibu yang setiasa ingat akan birthday ibu, dan terima kasih hadiah-hadiah dari kalian, ibu sayang kamu semua dan moga kamu jadi anak soleha, berilmu, beramal, beriman dan selamat bahagia dunia akhirat.
Terima kasih juga buat semua adik beradik, saudara mara atas ucapan doa dan hadiah, moga kita semua mempunyai keluarga bahagia dunia dan akhirat.
Buat semua sahabat, terima kasih atas doa dan ucapan dari kalian, moga kita semua dipanjangkan umur dalam keimanan, dimurahkan rezeki yang halal, diberi kesihatan yang baik, mendapat berkat dan rahmat dari Allah, bahagia hidup di dunia dan juga bahagia di akhirat Aamiin. Andainya ada pernah menguris hati, mohon maafkan seikhlasnya.
KAD UCAP ULANG TAHUN DARI SAHABAT