Isnin, 18 November 2013

Aktiviti Di Ulang Tahun Perkahwinan Ke-22

Aktiviti 17 November 2013 dari pagi hingga petang.

 Waktu pagi jalan-jalan di Water Park

 Melihat pameran lukisan

Ada Labuan Art Festival 2013

Jam 11 pagi kami mula jalan-jalan cari makan, kami memilih MerryBrown untuk merayakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-22 tahun, nyaman rasanya ada penghawa dingin setelah dipeluk oleh terik mentari di kawasan Water Park.

Sebelah petang aku menghadiri program Santai Puisi PERWILA di Labuan Walk

Ahad, 17 November 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-22 Norgadis dan Nurabbas

17 November 2013
Ulang Tahun Perkahwinan ke-22 Tahun Norgadis dan Nurabbas

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah
kerana memberi kesempatan untuk kami bernafas
disaat merayakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 22 tahun.
 
Terima kasih ya Allah
atas kenikmatan dan keberkatan
 dan jua kebahagiaan yang kau berikan kepada kami.

 Kami pohon kepada-Mu ya Allah
berkatilah ikatan kekeluargaan kami
satukanlah hati-hati kami
agar kami akan menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim
kurniakanlah kami kesihatan, kewarasan serta rezeki yang halal,
jadikanlah kami dan zuriat kami
sebagai pewaris keturunan yang beriman
untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Aamiin 

Ahad, 3 November 2013

Norgadis Di Mahrajan Ke-2


Aku menghadiri Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam Nusantara Ke-2 pada 1-3 November 2013 di Membakut, Sabah.
1 November 2013
Aku dan sahabat-sahabat dari PERWILA menaiki feri dari WP Labuan ke Menumbok.  Dari Menumbok kami menggunakan 3 buah kenderaan yang membawa 7 orang ahli PERWILA ke Sea Park Hotel bagi lokasi penginapan dan juga lokasi pertama program.

2 November 2013
Hari ke-2 selepas sarapan pagi, kami terus di bawa ke Membakut bagi program seterusnya.  Sebelah pagi, pembentangan kertas kerja, sebelah petang, lawatan ke Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yakob Khan dan kemudian ke perkarangan rumah YB Datuk Mohd. Arifin Hj Mohd. Arif, menyaksikan penduduk membakut masak kelupis makan tradisional.
Setelah berehat sebentar di rumah keluarga angkat di Membakut, kami dibawa ke Dewan Masyarakat Pimping Membaku bagi acara perasmian penutupan.  Program ini dihadiri oleh peserta dari Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand.

3 November 2013
Kami semua berangkat balik ke negara masing-masing.