Selasa, 19 Februari 2013

Pernah Makan Buah Kemunting?


Buah Kemunting atau Kalamunting (panggilan di Labuan) atau mungkin banyak nama lain mengikut daerah masing-masing amat terkenal di zaman aku kecil dahulu.  Kalau tujuan utama berkunjung ke rumah saudara mara, tiba-tiba terpandang pokok kamunting, pasti aku berhenti sekejap, melihat-lihat kalau-kalu ada buahnya yang masak.  Selalunya pokok kemunting ini berbuah lebat.  Buahnya akan bertukar dari merah kehitam apabila masak dan rasanya manis sekali.  

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu Cina buat keluarga pak cik mak cik, semua sepupu, juga buat para blogger serta sahabat yang berbangsa dan berketurunan cina.

Wathiqah bersama singa kuning...

Zaman remaja aku, kalau hampir tahun baharu cina, aku dan arwah mama Pn. Kim Lian, sibuk membuat kek hingga larut malam untuk keluarga sebelah arwah mama juga buat kawan-kawan arwah mama yang berbangsa cina.  Masa begitu cepat berlalu, mama sudah pergi meninggalkan kami semua dan sekarang tradisi memberi kek itu masih kuteruskan.  Biarpun tak seberapa... janji ada...

Khamis, 7 Februari 2013

Norgadis Rindu Berblog Lagi

Salam para blogger semua,
Kebelakangan ini aku nampaknya kurang berblog walaupun dihatiku rindu blogwalking seperti dulu.  Satu ketika dulu, aku suka bertukar-tukar banner blog, buat kontes, kirim award follower, suka menjawab tag dari kawan blogger dan banyak lagi.

Tahun 2011 aku telah dilantik menjadi setiausaha PERWILA, sebenarnya aku kurang minat jadi setiausaha ni tapi setelah rakan PERWILA memberi kepercayaan kepadaku, aku usahakan juga mana yang mampu.  Kalau ada yang pernah terbaca entri aku  "Kenapa Aku Yang Terpilih"  di sana ada menceritakan yang aku dilantik menjadi setiausaha sewaktu aku berada di lapangan terbang menunggu kepulangan suami.

Bukan nama yang kucari
Bukan jawatan yang kuingini
Hanya sekadar ingin berbakti
Agar Perwila tak akan mati.

Tahun pertama menjadi setiausaha, aku masih aktif berblog tapi selepas itu kekerapan berblog aku menurun, blogwalking aku juga jarang-jarang.  Namun kerinduan aku berblog tetap ada. Aku sibuk dengan tugas-tugas baru bersama PERWILA.

Tahun ini PERWILA bersama GAPENA dengan kerjasama badan-badan lain dijangka akan menganjurkan Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 yang bakal menjemput peserta dialog dari Indonesia, Brunei, Sabah, Sarawak dan Semenanjung.  Huhuhu.... semakin sibuklah aku...

Sebenarnya tahun ini juga akan diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan untuk PERWILA, memandangkan aku sudah menyuarakan untuk mengundur diri dari jawatan setiausaha ini, semua AJK sebulat suara memohon agar mesyuarat ditangguh ke bulan Julai/Ogos setelah  Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 selesai kerana mereka takut aku melepaskan jawatanku sebagai setiausaha dalam program tersebut.  Alahai... Sekiranya aku bukan setiausaha PERWILA lagi tapi tugas aku sebagai setiausaha Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 pasti aku jalankan juga huhuhu...



Program besar ini yang telah dibincangkan semenjak tahun lepas membuatkan aku jarang berblog, sibuk memanjang, selain berbincang dengan AJK PERWILA, aku juga terpaksa berbincang dengan sahabat-sahabat dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Urus sana urus sini, telefon sana telefon sini, agaknya kalau aku dibayar gaji, berapalah gaji yang aku dapat sebagai setiausaha ni ya hehehe...