Khamis, 31 Januari 2013

Selamat Menyambut Hari Wilayah


Kalau dahulu Labuan dikenali sebagai Labuan, Sabah tapi kini sudah bertahun lamanya Labuan sudah menjadi Wilayah Persekutuan Labuan.  Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan buat semua...

Pulauku

Karya: Norgadis Labuan


Dua puluh tahun kutinggalkan pulauku
saat itu
wajahmu penuh kesyukuran
dirimu penuh kesucian
hatimu penuh ketaatan
mindamu penuh kesederhanaan

Dua puluh tahun kutinggalkan pulauku
saat itu
anak-anak belari riang
di atas tanah merah yang masih berlopak
menuju rumah tok guru belajar mengaji
berteman mukkadam dan Quran
menanam benih iman dibatas kalbu
sambil merentas sejadah malam

Dua puluh tahun kutinggalkan pulauku
saat ini
wajahmu penuh kerdipan
dirimu penuh cabaran
hatimu penuh persoalan
mindamu penuh kemajuan

Dua puluh tahun kutinggalkan pulauku
saat ini
anak-anak duduk malas disofa kereta
berjalan laju dijalan yang tidak berlopak
menuju rumah guru kelas tambahan
berteman buku matematik dan inggeris
bersama komputer bimbit sebagai kebanggaan
sambil merentas cahaya malam

Dua puluh tahun kutinggalkan pulauku
kini wajahmu tidak kukenal lagi.


ANTOLOGI PUISI – KOTA GEMILANG WARISAN KITA 2004

Selasa, 1 Januari 2013

Lawatan Ke Rumah Terbalik

Waktu cuti sekolah lepas. sempat juga aku dan keluarga melawat Rumah Terbalik yang menjadi buah mulut orang masa kini.  Rumah Terbalik tersebut terletak di Telibong, Tamparuli.

Pengunjung yang datang hanya dibenarkan bergambar di kawasan luar rumah.  Mengambil gambar di dalam rumah adalah dilarang dan akan dikenakan bayaran RM100 dan gambarnya akan dipadamkan jika berdegil.

Gambar di Rumah Terbalik