Jumaat, 27 April 2012

Kata Pinjam Tapi Macam Mencuri

Seperti biasa, setiap kali hari jumaat kalau nak ke masjid untuk solat jumaat, abang akan menggunakan motornya, yaa... cuma motor lama, tapi masih boleh digunakan, lagi pun senang nak parking memandangkan Masjid Kg. Bukit Kalam yang terletak atas bukit dan kawasan letak kereta pun sempit, menggunakan motor kira lebih mudah.

Kalau pergi kerja abang akan guna kancil

Sambung cerita tadi...
Tiba-tiba lepas solat jumaat, abang tercari-cari motornya.  Motor lain masih ada, tapi motor abang dah hilang dari tempat abang parking. "Tak kan aku salah parking" bisik hati abang.  Abang tengok lagi motor yang ada, sehingga ada sahabat yang sama-sama solat jumaat bertanya, abang guna apa pergi ke masjid, mungkin dia pelik sebab selalunya abang guna motor tapi kali ni motor abang tak kelihatan.  Abang pun kata motor dah kena curi...

Pendek cerita, abang pun berjalan perlahan menuruni bukit, walaupun adalah insan yang berhati mulia prihatin nak menghantar abang balik ke rumah, tapi abang memilik berjalan kaki kerana rumah dan masjid tak lah sampai 2km, lagi pun yang nak menghantarnya tak sama haluan, takut menyusahkan orang lain pula. 

Tiba sampai kaki bukit, kelihatan motor abang ditinggalkan ditepi jalan.  Pelik... tapi syukur, masih ada rezeki memiliki motor tu, tak jadilah abang balik jalan kaki... Tu yang aku kata, nak kata pinjam tapi tak minta izin, nak kata mencuri tapi motor dah dikembalikan... dunia... dunia... kalau dah rezeki tak kan kemana.

Selasa, 24 April 2012

Norgadis Bersama Bengkel Sastera PERWILA

Pagi 19 April 2012, PERWILA mengadakan Bengkel Sastera di SMK Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan
Aku (Setiausaha), Hj Othman (Bendahari) dan Resmanshah (Penulis Novel) 

Cik Rafidah Mohamad (Penceramah PERWILA) 

Para Pelajar SMK Lajau 

Aku bersama Hjh Hasnah, Hj Suili dan beberapa orang guru SMK Lajau.

Sebelah petang PERWILA berbengkel di Sekolah Menengah Sains Labuan 
Duduk di depan, ahli PERWILA yang turut hadir 

Wathiqah dan Zafirah pun tak ketinggalan, ikut bersama ibunya hehehe... 

Kelihatan Hjh Hasnah dan Nadirah bersama 

Enam buah sekolah menengah telah kami kunjungi, manakala SMK Labuan, SMK Taman Perumahan Bedaun dan SM St Anthony dijangka akan kami lawati sedikit masa lagi.

Khamis, 19 April 2012

Bayi Mati Dipijak Ayahnya

 Gambar Hiasan  

IPOH - Kematian bayi lelaki berusia dua minggu melaporkan akibat dipijak bapanya di Taman Bernam Jaya, Tanjung Malim pada Khamis lalu disahkan polis berpunca akibat patah tulang rusuk dan tempurung kepalanya hancur. Sumber polis berkata, hasil laporan bedah siasat pakar patalogi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, di sini, mendapati selain dipijak bapanya, bayi malang itu turut dihumban ke dinding.

Menurutnya, mangsa dipercayai dihentak atau dihumban ke dinding oleh bapa kandungnya sendiri yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk. “Mangsa mati dalam keadaan terseksa apabila tengkoraknya hancur. Ada kemungkinan kepala mangsa dihentam sekuat hati pada objek keras hingga menyebabkan tengkoraknya pecah. “Doktor yang melakukan bedah siasat turut menemui kepingan dan cebisan tengkorak mangsa yang sudah pecah. Selain itu, tulang rusuk mangsa juga patah dipercayai akibat dipijak bapanya“ katanya.

Bahan: Meja Bulatku

Rabu, 18 April 2012

LAPORAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN

Aku dapat cal dari PPM Negeri Sabah minta laporan PERWILA utk tahun ni. menggunakan borang 9 dan format yang disediakan.

Esok pagi khamis ada bengkel Sastera PERWILA di SMK Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan dan sebelah petang pula di Sek Men Sains Labuan.

Borang 9
2 Salinan minit Mesyuarat Agung - SU (Norgadis Labuan)
3 Salinan lengkap AJK - SU (Norgadis Labuan)

2 Salinan penyata kira-kira - Bendahari (Osman Mahali)

Esok juga aku nak bincang dengan bendahari bab laporan PERWILA ni, kira nak siapkan cepat. Minit mesyuarat lepas dah siap tapi minit Mesyuarat Dialog Borneo Kalimantan belum siap lagi... aduiiii... bznya...

Selasa, 17 April 2012

Rogol Bergilir-Gilir

BALING - Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu. Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani. Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai. Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bahan: Meja Bulatku

Ahad, 15 April 2012

Aku Terkejut Jumpa Blogger Labuan

 
Taman Damai Layang-Layangan, tapi bukan ini yang nak aku cerita...

Petang tadi selepas balik dari ngaji di Sungai Miri, aku singgah sekejap di kedai Layangan Shopper, kira tu nak beli sayur.  Tengah aku pilih memilih sayur, tiba-tiba ada seseorang memanggilku...

"Kak... Kak...!" Aku memandangnya penuh kehairanan.  Siapa pula ni, salah orang agaknya.  Terkejut aku sampai tak tau nak kata, apa tah lagi yang menegurku tu seorang lelaki. Sah salah orang ni fikirku.

"Kak ada blog?" aku mengiakannya. "Kak Norgadis Labuan kan?" Opsst! Tak sangka ada juga yang kenal kat aku ni, terima kasih kerana mengenaliku...

Jom tengok gambar orang yang aku temui petang tadi....




Inilah pasangan romantis Nazari dan Masninah blogger yang aku temui petang tadi.  Akak minta maaf dengan kamu berdua ya, akak benar-benar tak kenal tadi, dah tualah katakan, selalu lupalah tu, lagi pun pertemuan tadi adalah pertemuan kali pertama secara nyata agaknya, selama ni jumpa dalam alam maya je...

Kepada sahabat blogger yang lain, sudilah kiranya melawat blog mereka berdua ni ya...  

Untuk Nazari dan Masninah, teruskan berblogger, moga ceria dan moga diberkati selalu amin...

Khamis, 12 April 2012

Amaran Tsunami Malaysia Ditarik Balik

Syukur ke hadrat Allah, Amaran Tsunami telah ditarik balik, lega rasa hatiku, semalam anakku Athirah yang berada di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berhampiran dengan Nilai N9 sempat sms aku jam 7.23 semalam yang mengatakan area sana, Amaran Tsunami telah dikeluarkan. Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyenaraikan 2 lokasi berpotensi menerima kesan Tsunami di Malaysia iaitu PORT DICKSON & GEORGETOWN di antara jam 9.00 malam ini hingga jam 3.00 pagi.

Tiada apa yang dapat kami lakukan melainkan  doa kepada Allah agar keselamatan Athirah dan rakan sekuliahnya yang masih menjalani shot sem di KUIS akan selamat semuanya...

Jam 9.49 malam semalam anak aku sms lagi yang Amaran Tsunami telah ditarik balik, biarpun sempat mengalirkan air mata tapi terasa lapang didada setelah semuanya kembali tenang.

UPDATE SEMASA: Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.  12.04.2012.  Sila Jauhi Kawasan Pantai...

Ahad, 8 April 2012

Jalan-Jalan Makan-Makan

Tiba-tiba semalam abang bawa makan di luar, katanya sewaktu birthday tempohari tak sempat nak belanja makan di luar sebab bz sangat...


Kami pun singgah di Restoran Seafood, tak berapa jauh dari rumah. Janji makan di luar, aku taklah payah masak. Happylah... hehehe...


Kami pesanlah minuman ABC dan Jus Lobak


Makan pesan Sup Ikan, Nasi Putih, Nasi Pataya dan Nasi Goreng


Wathiqah pula nak makan Ayam Panggang


Siap makan, alhamdulillah... kenyang, nasi aku pun ada separuh lagi, tak larat nak habiskan, abang yang tolong habiskan...

Lepas tu dah nak balik, bayar dululah... semuanya RM82.00, huhuhu mahalnya... mahal sangat tu... Tak sangka sebegitu mahal, makan pun kat restoran kampung saja. Kata abang kalau kat Restoran Ketam lagi mahal. Sekali sekala tu tak apalah tapi kalau selalu pening kepala nak bayar huhuhu.... Apa pun TQ abang sebab sudi bawa makan kat luar...

ABC x 4
Jus Lobak x 1
Sup Ikan M x 1
Nasi Putih x 1
Nasi Pataya x2
Nasi Goreng x 1
Ayan Panggang (sebaris) x 1
Jumlah bayaran RM82.00

Rabu, 4 April 2012

Birthday Norgadis Ke 41 Tahun

Kek Birthday aku, jangan gelak pula, maklumlah buat sendiri, buat pun express tu wakah kah kah...

Tiba-tiba tengah malam ada benda ni kat meja, entah kenapa aku boleh terbangun jam 12.00 malam... 12.01 dah 3 April 2012... birthday aku tu, tak berani nak usik sebab ada 2 hadiah, tunggu bangun lepas subuh pula... Sah... aku yang punya...

Nampak nampak nampak...? Emmm... tau-tau aja kipas kereta aku dah nazak, dapatlah kipas baru ni, seterika ni pula... huhuhu... seterika aku pun dah nazak, malas nak beli baru, kedekut, dah dapat hadiah ni... selamat duit aku... terima kasih abang, sayang abang.... muah! muah! muah!

Buat para sahabat, ini ucapan dari aku buat kalian semua...

Selasa, 3 April 2012

Puisi Norgadis Di Wadah Dan Cek Dari DBP


Syukur alhamdulillah, puisiku tersiar lagi, kali ini puisiku tersiar di majalah WADAH Mac 2012 terbitan DBP C. Sabah.


Puisi bertajuk "3 APRIL INI" tercipta tahun lepas sempena hari kelahiranku, Puisi tersebut kutulis pada 2 April 2011 dan kudeklamasikan di Pentas Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan pada hari kelahiranku sendiri 3 April 2011.


Tak sangka pula akan dapat bayaran secepat ini... syukur... rezeki birthday agaknya...

Isnin, 2 April 2012

Hadiah Lukisan Dari Royal Dewana Dewata

Hadiah lukisan ini aku terima hari ini 2 April 2012 sehari sebelum hari lahirku daripada Royal Dewa Dewata untuk birthdayku yang ke 41 tahun. Lukisan ini dilukis menggunakan komputer oleh RDD sendiri, begitulah yang dikatakan oleh Cinta hatinya Maharatu Rafidah Mohamad.

Cantiknya... Terima kasih sangat2... aku amat menghargainya, terharu rasanya, (nak nagis dulu huhuhu...) gembira sungguh aku... tak sangka Royal Dewana Dewata sudi meluangkan masa memilih gambar dan melukis untuk hadiah hari lahirku...Terima kasih banyak-banyak, ingin rasanyaaku ke tempat yang dilukisnya tu...

Jalan-jalan tepi perigi,
Jangan lupa membawa topi,
Kalau senang buatlah lagi,
Banyak lukisan dapat kutatapi.