Ahad, 29 Januari 2012

Puisi Aku Di New Sabah Times





Ini adalah kali pertama aku menghantar puisi ke New Sabah Times.

Rabu, 25 Januari 2012

Aku Dijemput Menghadiri Perbincangan Di RTM Labuan FM

Aku sebenarnya mendapat panggilan dari DJ Salbiah berkenaan perbincangan dan pertemuan ini. Aku juga diminta membawa beberapa rakan yang boleh menulis puisi/cerpen dan yang boleh mendeklimasikan puisi untuk rancangan Gemersik Citra Suara Hati Bersama PERWILA yang bakal beliau terbitkan.


Aku tengah membaca surat untuk kerjasama bersama RTM Labuan FM



Bagaikan mengantuk disurungkan bantal. Sebenarnya aku ada membuat kertas kerja untuk slot 15 minit Bersama PERWILA yang baru juga dibentangkan sewaktu mesyuarat AJK lepas. Cadangan ini telah dipersetujui oleh semua AJK yang hadir. Tujuan slot ini adalah untuk menambah kecintaan warga WP Labuan terhadap dunia sastera. Dengan kerjasama bersama penerbit rancangan Gemersik ini, insyaAllah matlamat PERWILA akan lebih cepat tercapai.


Antara ahli PERWILA yang menghadiri perbincangan


Emm... adikku, bakal membaca puisi di RTM Labuan FM


Ketua 2 PERWILA En Sahar Misron juga turut hadir

Isnin, 23 Januari 2012

Happy Chinese New Year

Selamat Tahun Baru Cina buat keluarga sebelah mama (Puan Kim Lian), uncle, aunt, sepupu dan sahabat-sahabat yang berbangsa cina, moga terus kaya raya dan gembira selalu...



Sebenarnya hari sabtu malam, aku baru balik dari Sipitang, Sabah dan semalam hari ahad aku sibuk buat kek untuk CNY pula, dah berapa hari tak update blog, bz memanjang...


Kek 1


Kek 2


Kek 3


Kek 4



Kek 5


Kek 6


Kek 7


Kek 8

Inilah saja kek-kek yang sempat aku buat semalam...

Selasa, 17 Januari 2012

Wajah Siapakah Ini?
















Sabtu, 14 Januari 2012

Program Malam Mengolupis Sempena Pelancaran Innospace Komuniti Labuan


Tahniah kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program dan berjaya pula mencapai matlamat untuk Malaysia Book of Records


Membungkus kolupis dengan daun nyirik


Menjalin atau mengikat kolupis


Kolupis direbus dalam kawah


Menjalin atau mengikat kolupis yang telah masak untuk disukat panjangnya...


Dato' Danny Ooi tekun membuat sukatan...


Kolupis sepanjang 259 meter


THE LONGEST KOLUPIS LINE...MALAYSIAN BOOK OF RECORDS...

Gambar Oleh Dr Harun Hj Pudin

Jumaat, 13 Januari 2012

Buah Mambangan

Kali aku nak kongsi gambar buah mambangan untuk tatapan sahabat blogger kalian. Buah ini aku dan suami terima petang semalam dari kawan kerja suamiku. Buat En Siman, kami ucapkan terima kasih daun keladi... (pandai-pandailah sambung ayat tu)


Inilah buah mambangan, kalau jenis yang manis, rasanya pasti manis, kalau jenis yang masam, masam jugalah rasanya hehehe...


Ini kulit dan biji setelah diambil isinya (kulit dan biji pun nak ambil gambar)


Ya...! Sedia untuk dimakan, buah mambangan yang aku terima ini rasanya manis sekali, sedap sedap...

Rabu, 11 Januari 2012

Gangguan Bekalan Air Di WP Labuan, 15 Januari 2012



Seluruh kawasan di Labuan akan mengalami gangguan bekalan air Ahad ini, 15 Januari 2012. Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan, gangguan sementara itu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Gangguan bekalan air tersebut disebabkan kerja-kerja pembaikan kebocoran loji air Beaufort, Sabah.

Dalam tempoh gangguan berkenaan, bekalan air akan dikurangkan sebanyak 15 peratus yang menyebabkan sesetengah kawasan di Labuan mengalami tekanan air rendah.

Maklumat lanjut boleh hubungi 1-300-22-0028.
jimat-jimatlah air untuk penggunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Senarai Badan Berkuasa Air Negeri
www.jba.gov.my

JABATAN BEKALAN AIR KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA Ketua Pengarah Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh Alamat Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Aras 1, Blok E4/5, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62668 Putrajaya

Isnin, 9 Januari 2012

Luasnya Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8.. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R..A,

Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, suami (isteri) kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. .....

Jumaat, 6 Januari 2012

27 Award 2011 Dari Sahabat Blogger

Terima kasih daun keladi
Kasih diterima daun semalu
Penghargaan ini amat bererti
Moga kalian berjaya selalu.

***************************************

Ahad, 17 Julai 2011
Beautiful Blogger Award Dari Ana Matahari71
http://matahari71.blogspot.com/


Selasa, 1 Mac 2011
Award Dari Cik Kacak
Photobucket
http://celotehsikacak.blogspot.com/


Selasa, 8 Februari 2011
Follower Award Dari Mybusinessonline4u
imageshack.us
http://mybusinessonline4u.blogspot.com/


Isnin, 7 Februari 2011
Award Follower Dari Photo Gedix

Award Follower Dari Cik Photo GEDIX



Ahad, 6 Februari 2011
13 Award Dari Blog Fuzjee




Sabtu, 5 Februari 2011
Award Follower Dari Faida


Jumaat, 4 Februari 2011
Award Dari Cik Mulat
http://inicikmulat.blogspot.com/


Khamis, 3 Februari 2011
Follower Award Dari Telaga Putih Works


Rabu, 2 Februari 2011
Award Dari Intan Natasha


Selasa, 1 Februari 2011
Award Follower Dari Wandin91


Jumaat, 28 Januari 2011
Award Dari Hellokitty
http://silentbloggie.blogspot.com/


Ahad, 23 Januari 2011
Award Dari Myfrin's story


Jumaat, 21 Januari 2011
Award Buat Follower & Pengunjung Caer !!
http://caersasuke.blogspot.com/


Khamis, 20 Januari 2011
2 Award Dari Mialovetotalk

http://mialovetotalkmore.blogspot.com/