Sabtu, 29 Januari 2011

Hadiah Dari Avon

Aku dapat hadiah dari Avon lagi, kali ini aku dapat Glass Purple dan Jug 125 tahun Avon... Pecah kaca pecah cermin, lepas baca sila komen hehehe....

Glass Purple

Jug 125 Tahun Avon

Khamis, 27 Januari 2011

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!

Isnin, 24 Januari 2011

Love Award Untuk Blogger Pilihanku

Salam semua blogger tersayang,
Setelah setahun aktif dalam berblog ini, aku telah menerima lebih 40 award dari sahabat blogger (Award yang lain kuletak di ruang Sahabat Norgadis). Aku amat menghargainya, ribuan terima kasih kepada kalian. Hari ini aku nak bagi award ke 2 selepas award follower yang ku sediakan tahun lepas. Award ini akan kuhadiahkan... bukan kepada 15 orang blogger pilihanku tetapi lebih dari itu, harap sudilah diterima ya...

Love Award Untuk Blogger Pilihanku (Tanpa apa2 syarat)

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy Kod Love Award



  1. http://qdine.blogspot.com/
  2. http://lolz-l.blogspot.com/
  3. http://mohdridzwan.com/
  4. http://fuzjee.blogspot.com/
  5. http://simiey.blogspot.com/
  6. http://jafrin67.blogspot.com/
  7. http://koddoq.blogspot.com/
  8. http://www.seribahasa.com/
  9. http://www.tehramuan.com/
  10. http://nurusrin.blogspot.com/
  11. http://raulbella.blogspot.com/
  12. http://pakcikim.blogspot.com/
  13. http://zitaomar.blogspot.com/
  14. http://scarlettj1.blogspot.com/
  15. http://matahaw.blogspot.com/
  16. http://mrsgforgg.blogspot.com/
  17. http://anarozizali.blogspot.com/
  18. http://qaseh-nur.blogspot.com/
  19. http://www.mummynemo.com/
  20. http://deem2884.blogspot.com/
  21. http://effa-k-poh.blogspot.com/
  22. http://caersasuke.blogspot.com/
  23. http://eiydaasaari.blogspot.com/
  24. http://iddahashim.blogspot.com/
  25. http://qamarguyz.blogspot.com/
  26. http://ideinblurry.blogspot.com/
  27. http://paklongsifu.blogspot.com/
  28. http://kachipemas.blogspot.com/
  29. http://teratakp3na.blogspot.com/
  30. http://salam1malay.blogspot.com/
  31. http://cahayawanita.blogspot.com/
  32. http://cintakandaku.blogspot.com/
  33. http://ninieazriena91.blogspot.com/
  34. http://hafidzahhafidz.blogspot.com/
  35. http://atikaahmadiah.blogspot.com/
  36. http://suziesanjidisini.blogspot.com/
  37. http://bual-komputer.blogspot.com/
  38. http://gomokpendekk.blogspot.com/
  39. http://janetnorliah2001.blogspot.com/
  40. http://coretanperantau.blogspot.com/
  41. http://blogcetusanminda.blogspot.com/
  42. http://gadismawarhitam.blogspot.com/
  43. http://mialovetotalkmore.blogspot.com/
  44. http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/
  45. http://mangosteenager-matikatak.blogspot.com/

Khamis, 20 Januari 2011

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Isnin, 17 Januari 2011

Happy Birthday To You


Kek berperisa almond ini adalah kek pilihan mama dan girl yang pegang kek itu sudah pasti bukan empunya birthday kek hahaha... Siapa yang birthday ni sebenarnya? Siapa Siapa Siapa?


Biasalah... majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh bekas tunang aku @ laki aku hehehe... (Kusyuk nampak)


Yang lain tolong Amin kan ya...


Gambar Zahli (adik bungsu aku), CT (isterinya), Balqis dan Adam(anak2nya)

Ha... inilah yang empunya birthday sebenarnya...Happy birthday yang ke 28 tahun Zahli, moga cepat sembuh dari demam campak tu (kasihan dia, masih jelas kelihatan bintik2 hitam diwajahnya)


Sekali sekala berkumpul semua adik beradik macam ni memang seronok, tambahan pula yang lain semuanya tinggal bersama babah dan mama, kecuali aku sekeluarga yang terpaksa berkereta untuk ke sana (maklumlah kampung lain), tak kisahlah... bukannya jauh sangat, 15 minit dah sampai pun aku ke sana.



Lepas ni birthday siapa pula ya....

Ahad, 16 Januari 2011

Seronoknya Dapat Hadiah...

Inilah hadiah yang aku dapat sewaktu Pelacaran Avon GC 2011 (Outspoken Party By Fergie) di Victoria Island Club baru-baru ini.

Hadiah kehadiran (Hadir saja terus dapat hadiah, seronok...)

Hadiah Best Dress (Rock)

Hadiah Jawapan Tepat

Hadiah Penyoal (Memberi soalan pun dapat hadiah, bestkan?)

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Emely (Dist Manager), Nurbaizurah dan semua staff Butik Avon Labuan dan juga kepada semua yang hadir di Pelacaran Avon GC 2011 yang lalu. Seronok bersama kamu semua...

Sabtu, 15 Januari 2011

Pelacaran Avon GC 2011 (Outspoken Party By Fergie)

Majlis pelancaran GC 2011 di Victoria Island Club ini diadakan pada 9 Jan 2011 yang lalu. Tema kali ini adalah ROCK. Majlis kali ini diserikan dengan acara tarian anak-anak Avon, modelling, nanyian, best dress, cari harta karun, soal jawab bersama avon dan macam-macam lagi. Walaupun di buat secara sederhana tetap ianya amat meriah sekali.



Majlis diadakan di Victoria Island Club. Ini gambar aku dan adik perempuanku Liza


Best Dress / Tarian bebas dari anak-anak Avon


Anak-anak yang selalu bersamaku


Aku bersama Puan Emely (Avon Dst. Manager) dan hadiah best dress (Rock), menjawab soalan Avon serta hadiah menyoal berkenaan Avon


Play Untuk Tengok Gambar Yang Lain


Sila off lagu di sidebar terlebih dahulu sebelum play video ini

Ahad, 9 Januari 2011

Ber Rock Beruk

Salam Sahabat Blogger, aku dah beberapa hari tak BW, bz ja ni...

Aku di mana? Aku berada di World War II Memorial. Apa hal pula Ber Rock Beruk? Ini ceritanya, sebelum ke sini aku sebenarnya menghadiri majlis pelancaran GC 2011 di Victoria Island Club. Tema adalah ROCK. Aku diminta berpakaian rock seperti tema tahun ni. Itulah timbul ayat Ber Rock Beruk... hahaha... (Jangan jadi beruk sudahlah) Nanti aku cerita berkenaan pelancaran GC 2011 di entri yang lain...


Nikmatilah keindahan World War II Memorial ni dulu


Untuk melihat gambar dan nak tahu sedikit tentang World War II Memorial, sila
KLIK SINI



Selepas pelancaran GC tu, aku terus bawa anak-anak ke sini, kebetulan kawasan ini tidak begitu jauh dari Victoria Island Club tempat majlis diadakan.



Khamis, 6 Januari 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Part 2... (",)





Ini adalah Bloglist Blog Bdk Botak Part 2, Part 1 aku dah ketinggalan. Alhamdulillah untuk Bloglist Blog Bdk Botak Part 2 ini aku telah di jempuat oleh empunya blog sendiri Terima kasih Budak Botak (terharu gitu). Sebelum ni aku telah di tag oleh si jelita chehasmida. Terima kasih kerana sudi tag aku, kalau tak tentu aku tak tau pasal cerita Bloglist Budak Botak ni.

Syarat2nya Bloglist Blog Bdk Botak:

1) Buat 1 entry dan letak tajuk "Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak"
  • Dah siap
2) Letak gambar atas tu kat awal2 entry korang. Buat 1 link ke entry beliau KLIK SINI
  • Dah letak dgn link sekali
3) Nyatakan korang lelaki @ perempuan (senang nk kelaskan)
  • Aku perempuan
4) Tag 3 orang kawan2 korang yg berminat
  • Ada dah nama kat bawah tu...
5) Letak link entry korang kat komen entri beliau KLIK SINI
  • Dah letak

Rabu, 5 Januari 2011

Aku dapat RM 50



Syukur alhamdulillah, hadiah RM 50 telah aku terima pada 3 Jan 2011 yang lepas dari Aida Syuhada @ Magloniapert. Sebenarnya aku join contest ini last minit... 31 Dis 2010 adalah tarikh akhir untuk join contest si cantik manis ini, nasib baik penyertaan diterima dan sungguh tak disangka, 1 Jan 2011... keputusan contest keluar dan pemenang tempat pertama adalah aku sendiri, bestnya... yang paling best, Ad'Rien Ichigo S yang tag aku untuk join contest ini juga menang dan telah mendapat tempat ke dua, kami sama-sama dapat hadiah. Rezeki tahun baru...

Terima kasih kepada Magloniapert atas hadiahnya dan terima kasih juga buat Rien kerana mentag aku join contest ini.

Ahad, 2 Januari 2011

Sabtu, 1 Januari 2011

Jalan-Jalan ke Taman Burung Labuan

Selepas melawat Chimney, kami singgah pula di Taman Burung yang kebetulan berdekatan saja tempatnya. Rasanya dah lebih empat tahun aku tak ke sini.


Kalau dulu masuk adalah percuma, tetapi sekarang pihak Taman Burung telah mengenakan bayaran masuk.


Bayaran masuk bagi pelajar adalah RM2 dan bagi dewasa RM3, murah je...


Kawasan Taman Burung ini terdapat tandas (tandas tu penting tau!), kantin, kawasan jogging, kawasan permainan kanak-kanan dan kerusi untuk berehat.


Seronok-seronok juga, kesalamatan perlu diutamakan, kalau helang dalam sangkar tu aku tak kisah sangat, tapi burung unta tu nampaknya sedang mengintai, takut!


Taman Burung ini memang cantik dan sesuai untuk kita bawa keluarga jalan-jalan...


Duduk rehat sementara menunggu Wathiqah selesai bermain.


Jom play untuk tengok burung yang sempat aku gambar.
Jajarkan ke Tengah