Sabtu, 26 Jun 2010

Matahari Happy

Assalamualaikum para sahabat semua...
Kali ini aku jawab tag dari matahari pulak... Fuyoo... panas tu...
Untuk Matahari, terima kasih kerana sudi hadiahkan tag happy ni untukku, moga Matahari akan terus happy...




Jawapan untuk tag:

1. Adakah anda rasa HAPPY sekarang?


2. Kenapa anda rasa HAPPY?


3. Apakah yang boleh membuatkan anda HAPPY??


4. Nyatakan warna yang anda suka


4. Beritahu 9 org yang anda mahu TAG

  1. satu org
  2. dua org
  3. tiga org
  4. empat org
  5. lima org
  6. enam org
  7. tujuh org
  8. lapan org
  9. sembilan org
Yes yes yes!!! Aku happy menjawab tag ini...

Atikah Mendapat Dermasiswa Pelajaran Dari Peladang


Nuratikah Nazurah yang telah mendapat pangkat 1 Sekolah Rendah Agama Islam tahun 6, 2008, merupakan pelajar Sekolah Rendah Agama Islam tunggal ketagori Sekolah Agama yang mendapat hadiah Dermasiswa Pelajaran kepada anak-anak ahli Peladang Kawasan Selatan.


Dermasiswa Pelajaran telah disampaikan oleh Yg. Bhg. Puan Hadriyani Binti Ahmad, Pengarah LPP Wil Per Labuan.


Ini anak aku Nuratikah Nazurah Binti Abbas


Ini pula anak saudara aku Hazirah Binti Abu mendapat hadiah dermasiswa pelajaran ketagori SPM.



Jumaat, 25 Jun 2010

Majlis Khatam Quran Di Rumah Hajjah

Hajjah baru selesai mengkhatam Quran. Beliau telah mengkhatam Quran buat kali yang entah ke berapa, aku pun tak ingat sudah. Majlis khatam Quran ini diadakan di rumah Hajjah dan disaksikan oleh Ustaz Aziz serta Ibu Mertua Ustaz Aziz, mereka berdua inilah yang bertanggungjawab membimbing kami belajar mengaji Quran di Masjid Layang-Layangan WP Labuan.. Kami sebilangan kecil kawan yang sama-sama belajar mengaji Quran juga turut hadir ketika itu.


Setiap hari isnin hingga khamis adalah waktu untuk kami belajar mengaji di Masjid Layang-Layangan, manakala hari jumaat pula adalah Majlis membaca Yassin di rumah-rumah atau Majlis Khatam Quran bagi yang telah khatam bacaannya.

Ustaz Aziz (baju putih), Hajjah (baju purple) dan Mertua ustaz Aziz (baju coklat)


Aku dan Zul kawan aku mengaji di Masjid Layang-Layangan




Bergambar kenangan

Khamis, 24 Jun 2010

Selamat Hari Lahir ke 4 Tahun Untuk Nurwathiqah Masturah

Nurwathiqah Masturah anak ke 4 aku dilahirkan pada 24 Jun 2006, jam 11 malam di Hospital WP Labuan. 24 Jun 2010 ini Wathikah telah berusia 4 tahun. Jadi aku dan keluarga pun merayakan ulangtahun kelahirannya secara sederhana di sebuah restoran segera. Restoran tersebut memang ada menyediakan tempat permainan anak-anak. Wathiqah memang suka tempat ni. Jom layan gambar ni...



Kek coklat kesukaan wathiqah










Rabu, 23 Jun 2010

Norgadis Dan kulintangan

Hahaha... gelak dulu, aku sebenarnya langsung tak pandai main alat muzik kulintangan ni, tapi teringin juga nak ketuk-ketuk macam orang yang pandai tu. Semasa berada di kg. Pimping, Membakut... aku ambil kesempatanlah mengetuk-ngetuk alat muzik ni... entah irama apalah yang keluar tu, yang penting keluar bunyi juga hehehe...

Ada gaya tak?

Kumpulan Gema Warisan Irama Kulintangan Beaufort

Aku dan adik aku Liza mengambil kesempatan bergambar
("macam bukan adik beradik je", itulah komen orang yang ramai kami temui)

Jumaat, 18 Jun 2010

Hadiah Giveaway Dari Yun

Create your own banner at mybannermaker.com!

Ingat lagi tak Giveaway yang Yun buat sempena birthday nya? Haa! Inilah hadiah yang aku dapat hasil dari cabutan bertuah dari Yun. Aku dapat satu pack cup cake dan seutas rantai tangan berwarna biru yang cantik.


Terima kasih Yun, nanti buat giveaway lagi ya...

Selasa, 15 Jun 2010

Hadiah 1 Set Pur Blanca Dari Avon

Aku adalah antara pemenang bagi Cabaran Capai & Menang Wakil Kredit, kempen 24, 2009.
Surat telah aku terima semenjak bulan Mac 2010 lagi tapi entah kenapa hadiah baru sekarang diterima. Namun begitu, aku tetap bersyukur sebab hadiah yang ditunggu sudah tiba...

Hadiah yang aku terima ini telah disampaikan di ISRO Beauty Boutique WP Labuan.

Isnin, 14 Jun 2010

4 Hari 3 Malam Kembara Sastera PERWILA

Hari pertama aku dan Kembara Sastera PERWILA dari Labuan menaiki bas PUSKOWILA. Perjalanan pertama menuju ke Limbang mengambil masa lebih kurang 10 jam. Tiga kali menaiki ferry dan 4 kali cop pasport. Perjalanan yang agak meletihkan sebenarnya, namun begitu perjalanan ini adalah perjalanan yang paling mencabar yang pernah aku rasa...

10 Jun 2010 (pagi)
Dermaga Ferry Wil Per Labuan sebelum berangkat ke Menumbok

10Jun 2010 (malam)
Bersama karyawan Limbang, Sarawak

11 Jun 2010 (pagi)
Bersama karyawan Temburong Brunei DS

Temburong Brunei DS

11 Jun 2010 (malam)
Bersama karyawan Lawas, Sarawak (Lupa nak ambil gambar beramai)


12 Jun 2010 (pagi)
Sipitang, Sabah

12 Jun 2010 (petang)
Bersama karyawan Beaufort, Sabah

12 Jun 2020 (malam)
Bersama karyawan Membakut, Sabah

Walaupun perjalanan Kembara Sastera ini memenatkan kerana aktivitinya berjalan siang dan malam. Sambutan dari para sahabat penulis di Brunei, Sarawak dan Sabah cukup membuat aku terharu. Meriah sangat, tidak terbayang olehku akan disambut semeriah itu.

Ingin kulakarkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada karyawan, ketua kampung, ketua mukim, YB dan semua yang terlibat menyambut kedatangan Kembara Sastera PERWILA Wil Per Labuan. Kami berangkat pulang ke Wil Per Labuan pada 13 Jun 2010 (pagi) dan sampai di WP Labuan kira-kira jam 12 tengahari.