Ahad, 28 Februari 2010

Karya Untuk Dialog Teluk Ke VI 2010

Penghantaran Karya Untuk Dialog TelukKe VI. Tarikh Tutup Penghantaran 28 Febuari 2010.

Kepada ahli PERWILA yang belum menghantar karya, bolehlah emailkan karya saudara kepada Ketua II PUTERA, Saudara Poul Nanggang - pnbisaya@yahoo.com

Antara Karya Ahli PERWILA yang telah dihantar ialah seterusnya

Sabtu, 27 Februari 2010

Tag Dari Pak Long Sifu

Pak Long Sifu ni kawan Tagged aku, lepas tu jadi kawan blogger pula. Aku jarang panggil Pak Long sebab usia hampir sebaya, aku lebih suka panggil cikgu saja. Tiba-tiba tadi aku dapat pesan...

"salam buat nor...kita pun ada tagg nor..cuba semak lam keluaran entri pak long sebelum ni..."

Waduh waduh waduh, terkena aku kali ini, 3 tag datang hampir serentak, time musim panas ni, memang berpeluh aku dibuatnya... padan muka aku....

1 - adakah anda rasa HOT???
- sekarang tak rasa hot lagi sebab duduk dekat kipas…

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
- ni ha...wajahnya..
3 - cerita pasal gambar...
-gambar tu hanya sekadar nak tayang foto kawin aku

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?
- rasanya 9 tahun yang lalu...


5 - lagu terakhir anda dengar?
- lagu ayat-ayat cinta, aku dengar kat blog aku

6 - apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
- aku tengok kalau-kalau ada nuffnang yang keluar

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
- aku selalu dipanggil ibu, sayang, Nor, Mas, dayang... terlebih pula ni...

8 - tag lagi 8 org

  1. http://nurabbas.blogspot.com/ Nurabbas
  2. http://www.qamarguyz.blogspot.com/ Aksara Cinta Ilahi
  3. http://mrsanummss.blogspot.com/ Anummss
  4. http://norezschan.blogspot.com/ Al Kisah Anak Ain
  5. http://seribahasa.blogspot.com/ Seri Bahasa
  6. http://coretanperantau.blogspot.com/ Coretan Perantau
  7. http://nathirah.blogspot.com/ N Athirah
  8. http://putrimahsuri.blogspot.com/ Puteri Mahsuri

9 - siapakah org no.1 kepad anda?
- Dia adalah lelaki yang menjadi bekas tunang aku

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5...
- Dia merupakan orang yang pakar dalam bahasa

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?
- Aku rasa dia ada hubungan dengan Pian, sebab dia ada sebut my pian dalam blognya. Hehehe jangan marah aku...

12 - bagaimana pula dengan no.4...
- Dia adalah wanita yang berwajah manis

13 - pesanan kepada orang no.6...
- aku doakan moga kau berjaya di perantauan

14 - kata2 cinta untuk orang no.2...
- Andainya kau jatuh cinta, cintailah insan yang melabuhkan bahtera cintanya pada Illahi.

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
- kedua-duanya minat dalam bidang penulisan

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda

  • Ada sawah padi
  • Guru sekolah
  • Cikgu darjah satu
  • Ada laman tagged
  • Facebook pun ada

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
- sama-sama ada 4 kaki

18 - perasaan anda wat tag ni?
- seronok... walaupun letih menjawab

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
- RAZMAN....? aku tak kenal orang tu pun...

20 - a)GAY or b)LESS
- Aku cukup gembira dengan ketulinannya...

Alhmdulillah.....aku berjaya juga selesaikan tag ni....harap-harap sahabat yang aku TAG tak marah kat aku...

Tag Dari Al Kisah Anak Ain

ALKISAH ANAK AIN

- SOALAN --

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now


2) Tell us why you like the wallpaper ~ aku suka wallpaper ni sebab ada gambar aku kat situ, biasalah... gambar kenangan waktu berkahwin 19 tahun yang lalu

3 ) Tag 10 people...

  1. Zilch
  2. Ceritazati
  3. Eryati
  4. Dark Badman
  5. Jari Intanku
  6. Hafiz Ng
  7. Mie Syima
  8. Sour Plum
  9. Seteguh Hati
  10. Nothing Impossible


DAH TAMAT... MUDAHkan?

Beautiful Blogger Award And Tag

Beautiful Blogger Award


Terkejut aku... Tiba-tiba dalam shoutmix, aku terima pesanan...>> salam ziarah, ada award dari seri. Waduh waduh waduh... seronoknya aku...

Selalunya hantar khabar biasa, kali ini khabar istemewa rupanya. Seri Bahasa bagi award untuk blog aku. Terima kasih Seri, terima kasih sangat-sangat. Tapi... yang menakutkan, award ini berserta dengan tag sekali. Wah wah wah...

Terus terang kukatakan di sini, ini adalah adalah award istemewa yang aku terima selama aku ada blog. Selalunya aku hanya dapat award followers saja, tu pun aku dah happy.

Ok... kepada para sahabat yang bakal menerima award serta tag, janganlah rasa risau sangat... buatlah apa-apa yang patut.


Inilah Tagnya...

01. Makanan - Aku suka makan nasi. (Setakat ni, belum jemu lagi, setiap hari makan nasi)

02. Bahan Bacaan - Majalah, novel, buku kisah benar...

03. Rancangan TV - Jarang tengok TV

04. Keperibadian - Sentiasa berusaha mencapai apa yang dihajati


05. Hobi - Mengumpul setem (macam budak-budak hehehe...)

06. Dan yang terakhir sekali aku ingin sangat menunaikan Haji di Mekah. Setakat ini baru buat umrah, kalau ada rezeki lebih dan kalau umur panjang harap-harap tercapailah hajat. Amin...


Ok.. ini adalah senarai penerima Beautiful Blogger Award And Tag


Syarat yang terakhir kenalah buat posting (nak dapat award pun ada syarat hehehe...), berikan kepada para sahabat yang jadi pilihan, jangan lupa waktu buat posting sertakan link si pemberi award ini. Buat jangan tak buat.

Khamis, 25 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Puisi ~ AL-AMIN
Karya: Norgadis Labuan

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu
yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah dengan nama Tuhanmu
yang mengajar manusia dengan perantaraan menulis dan membaca
dan Dialah yang maha mengetahui.

12 Rabiulawal Tahun Gajah
Bersamaan 20 April 570 Masihi
Aminah binti Wahab membawa sejarah
melahirkan cahayamata penutup para nabi dan rasul
Pembawa rahmat tidak bertepi
pembawa nikmat ke seluruh alam

Girangnya ibu bernama Aminah
Melahirkan anak dipagi nan dingin
Meski suami tiada disisi
Lantaran pergi menyahut pangillan ilahi
Namun dihati riangnya tidak terperi
Menamakan anak Muhammad Bin Abdullah
Sebagai cahaya penawar hati

Arab di Mekah telah menjadi saksi
Muhammad anak Abdullah
cucu kepada Abdul Muthalib
Keturunan keempat puluh
susur gaur dari Ismail anak Ibrahim
Bahawa kelahirannya sebagai yatim
Pembawa iman dan cahaya kebenaran

Terpancarlah Nur di Negeri Syam
Terang benderang disekitar alam
Lahirnya Muhammad nabi akhir zaman
Lantas terpadam api majusi
Tempat ibadat penyembah api
Sebuah gereja di Negeri parsi

Setelah Muhammad berusia enam tahun
Ibunya Aminah pula meninggal dunia
Kasihan sungguh si yatim piatu
Tinggallah ia bersama ibu susunya
bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya.

Alam remajanya penuh sederhana
keesaan Allah jadi pegangan setiap masa
menghindari kejahatan perkara biasa
As Saadiq yang benar
dan Al Amin yang amanah
Adalah amalan sifatnya yang mulia.





Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan.... Hiduplah seperti cahaya yang menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain...

Salam Maulidur Rasul...

Pengesahan Salinan Kad Pengenalan

Sebagai surirumah, hari rasanya agak sibuk juga, jam 7.45 pagi seperti biasa aku hantar anak bongsuku ke tadika. Lepas tu jam 8 pagi pula, aku bergerak ke bandar untuk mengurus Permohonan Skim Akademik untuk anak sulung aku. Banyak juga yang perlu disediakan...

  1. 1 salinan kad pengenalan pemohon (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
  2. 1 salinan kad pengenalan ibu (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
  3. 1 salinan kad pengenalan bapa (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
  4. 1 salinan kad pengenalan semua tanggungan (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
  5. 1 salinan surat beranak semua tanggungan (dengan pengesahan Jbt Pendaftaran)
  6. 1 salinan slip gaji (dengan cop majikan)
Mula-mula aku pergi ke Jabatan Pendaftaran. Aku duduk menunggu giliran nombor aku dipanggil. Sempatlah tengok seorang bapa mengurus pengesahan kad pengenalan anak-anaknya. Kemungkinan tujuannya sama untuk memohon Skim Bantuan Akademik. Apa yang menarik perhatian aku, salah seorang anaknya tiada di WP Labuan, hanya salinan kad pengenalan saja yang ada, manakala kad pengenalan yang asli dibawa oleh pemiliknya. Oleh kerana kad pengenalan asal tidak dibawa sama, makan salinan kad pengenalan yang dibawa oleh si bapa tidak dapat di sahkan oleh salah seorang pekerja Jabatan Pendaftaran. Kasihan aku tengok si bapa tersebut...

Kisah kedua, di tempat yang sama. Seorang remaja perempuan membawa salinan kad pengenalan adik beradiknya, tujuan adalah sama untuk mengesahkan salinan kad pengenalan yang dibawanya. Turut menarik perhatianku apabila salah seorang pemilik salinan kad pengenalan yang dibawanya tidak ada di WP Labuan, maslahnya sama dengan si bapa tadi. Dalam banyak-banyak salinan kad pengenalan yang dibawanya, kelihatannya hanya 1 sahaja kad pengenalan asal yang dibawanya, mungkin itu kad pengenalannya sendiri.

Tapi apa yang amat menarik lagi, salinan kad pengenalan yang tidak disertakan dengan kad pengenalan asal tersebut diperiksa dengan teliti keasliannya melalui komputer yang ada dihadapan salah seorang pekerja Jabatan Pendaftaran (pekerja yang lain). Ada rasa prikemanusiaan disini. Keaslian kad pengenalan boleh diperiksa melalui komputer rupanya...
Kalau begitu kenapa harus diwajibkan membawa kad pengenalan asal untuk pengesahan. Bukankan membawa kad pengenalan orang lain adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang. Pening aku nak memikirkannya.

Kalau difikirkan balik, kisah si bapa dan seremaja perempuan adalah sama, cuma bantuan dan layanan yang diberikan oleh para pekerja Jabatan Pendaftaran sangat jauh berbeza...

Sabtu, 20 Februari 2010

Tagged Oh Tagged

Wajah Tagged Aku

25 daripada 806 orang sahabat tagged aku


Hari ini aku akan bercerita berkenaan TAGGED aku. Mungkin ramai kawan-kawan blogger yang memilikinya dan tak kurang juga yang lebih suka kepada FACEBOOK, ya tak? Aku tak kisah itu semua, terpulanglah kepada minat masing-masing...


Gift daripada sahabat tagged aku




Tahun lepas ada kawan aku bawa join TAGGED... mula-mula tu tak tau mau buat apa dengan TAGGED ni, jadi kadang-kadang saja aku online. TAGGED berbeza sedikit saja dengan blog kerana ianya lebih kepada pencarian sahabat, tetapi boleh juga berkongsi ilmu pengetahuan...


Apa yang ada pada TAGGED? Dalam dunia TAGGED, kita boleh dapat kawan ramai, boleh hantar pesan, komen, chat, gift, game dan sebagainya. Setelah beberapa bulan bersama tagged ini, aku mula belajar bagaimana nak hantar komen, tag dan sebagainya.




Disebelah ini adalah hasil kerja aku selama bersama TAGGED. Aku belajar pula buat tag untuk dihantar kepada kawan-kawan. Tag yang kita buat sendiri ini jika telah approve oleh pihak TAGGED, ianya boleh dikongsikan bersama ahli tagged yang lain... Aku dah buat 84 tag yang juga turut digunakan oleh ahli tagged yang lain ...

Emm... tapi sayang, semenjak aku sibuk dengan blog aku ni, jarang pula aku buka TAGGED. Kadang rasanya masa terlalu mencemburuiku sehingga waktu bersama TAGGED tidak lagi seperti dulu.

Kepada kawan-kawan TAGGED yang masih lagi setia menghantar komen dan coretan anda di ruanganku, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Aku amat menghargainya dan aku tak akan melupakan kalian semua.

Khamis, 18 Februari 2010

Award Untuk Followers

Create your own banner at mybannermaker.com!



Tiba-tiba hari ini tergerak hati ingin mencipta Award untuk Followers Blog saya. Saya lakukan ini hanyalah sebagai tanda penghargaan kepada semua followers yang baik hati dan sudi follow mana-mana blog milik saya.

BLOG MILIK NORGADIS:
  1. Selamat Datang Ke Blog Norgadis Labuan
  2. Sahabat Norgadis
  3. Sudut Puisi
  4. Sudut Cerpen Dan Skrip
  5. Sudut Ulasan Karya
  6. Sudut Rakaman
  7. Sudut Foto
  8. Ruang Niaga
Kepada followers saya yang ingin menyimpan award ini di laman anda, bolehlah mengambil kod award di ruangan Sahabat Norgadis. Terima kasih kepada semua followers saya, saya amat menghargai anda...

Rabu, 17 Februari 2010

Islam Itu Indah


Ahad, 14 Februari 2010

Guestbook Norgadis Labuan

Sudi-Sudikanlah Mengisi Guestbook Norgadis Labuan

Sabtu, 13 Februari 2010

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year... hehehe...
Selamat Tahun Baru Cina untuk makcik-makcikku, pakcik-pakcikku, sepupu-sepupuku dan anak-anak saudaraku... Semoga kalian gembira menyambut Tahun Baru Cina kali ini... Jangan lupa sediakan limau kegemaran aku ok.

Selain daripada keluarga sebelah mama yang menyambut Tahun Baru Cina ini, aku juga ingin ucapkan Happy Chinese New Year kepada kawan-kawanku yang merayakannya.

Seperti tahun-tahun yang lalu, sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, aku sibuk buat kek. Membuat kek untuk Tahun Baru Cina ni sudah menjadi kebiasaanku sejak bujang lagi. Bujang atau perawan? Mana-manalah... Walaupun agama berbeza, namun tali persaudaraan sebelah mama (mama berbangsa cina Hokkian) tidak pernah terputus.

Ok sampai di sini dulu, sibuk ni... nak buat persiapan untuk makan malam di rumah nenek lagi...

Jumaat, 12 Februari 2010

Snow atau Salji

Cantiknya salji-salji tu...

Mesyuarat AJK KUSMA


Semalam 11 Febuari 200, KUSMA atau Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad, mengadakan mesyuarat di Balai Informasi Taman Pertanian Kilan, Wilayah Persekutuan Labuan. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu dipengerusikan oleh En Abd Aziz Kadasat - Pengerusi KUSMA sesi 2009-2010.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memaklumkan berkenaan KUSMA
atau Koperasi Usahawan Malaysia Labuan Berhad telah mendapat kelulusan pertubuhan pada 27 Januari 2010 yang lalu. Kelulusan ini telah ditunggu-tuggu sejak Mesyuarat Agung Permulaan pada 12 Julai 2009 yang lepas. Berita ini merupakan satu khabar yang sudah pasti akan mengembirakan semua ahli KUSMA.

Selain daripada itu, mesyuarat juga membincangkan berkenaan lokasi pejabat yang baru untuk KUSMA menjalankan aktivitinya dimasa akan datang.

Mesyuarat berakhir kira-kira jam 1o malam.

Rabu, 10 Februari 2010

Blogger Lakar Gambar Menghina TG Nik Aziz Serah Diri

Blogger yang menggunakan nama "jeffrydamien09" yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, telah menyerah diri kepada pihak polis semalam.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu dan Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu, suspek diserahkan kepada Polis Kelantan untuk tindakan susulan.

"Kita telah menyerahkan lelaki itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan untuk siasatan lanjut.


"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, beberapa akhbar melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan yang diketuai Naib Ketua Pemudanya, Hisham Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan blogger tersebut.

Hisham Fauzi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia jelas mengandungi unsur-unsur provokatif yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara ini.

Blogger berkenaan didapati telah menghapuskan gambar lucah berkenaan. Bahan

Sabtu, 6 Februari 2010

Satu renungan menunggu saat kematian


RENUNG KAN LAH WAHAI KAWAN-KAWAN KU SEKALIAN....

Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin.. amin.. aminYarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Rabu, 3 Februari 2010

Wonderful Interior Designs