Isnin, 27 April 2009

ZTE MSAN System Local Training 21-23 April 2009

Suami saya abang Abbas yang berdiri ditengah-tengah tu (empat dari kanan), baru saja balik jumaat lepas dari menghadiri kursus Telekom di Kuala Lumpur. Ini adalah acara bergambar ramai setelah selesai menghadiri kursus dan ujian terakhir pada waktu itu. Semoga semuanya berjaya.


















Selamat Hari Lahir Zubaidah

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Comments

Selamat Hari Lahir untuk anak saudara saya Zubaidah Kilo yang baru datang dari KL. Semoga Zubaidah ceria dan gembira selalu disaat menanti kelahiran anak sulong. Salam kasih sayang dari kami sekeluarga.

Ahad, 26 April 2009

Kempen Penurunan Harga


Tengahari tadi saya dan keluarga sempat mengunjungi tapak jualan sempena kempen penurunan harga. Banyak gerai atau tapak jualan sementara didirikan di kawasan letak kereta Ujana Kewangan Labuan. Terdapat jualan kereta, perabut rumah, pakaian, komputer riba, beras, sayuran, makanan, minuman dan banyak lagi termasuklah jualan buku Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita, hasil karya penulis Labuan. Diharap kempen ini akan berjaya membantu meringankan beban penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan.

Jumaat, 24 April 2009

Seketika Di Avon Isro Beauty Boutique

Saya di Butik Avon Labuan
Saya (Unit Manager Avon 2009) merakamkan foto kenangan bersama Rose Stewart (Unit Director Avon 2009) yang merupakan teman sekolah saya di SMK Labuan satu ketika dulu.
(Lihatlah mesranya seperti ibu dan anak ) Sebenarnya saya bersama staff Avon Butik Labuan, Nurbaizurah @ Chechu yang bertanggungjawab menguruskan semua pesanan Avon saya. Terima kasih Zura dan rakan-rakannya.

Loket Emas




Loket emas yang baru saya terima ini dihadiahkan oleh AVON atas peningkatan dan pencapaian jualan saya sebanyak 17,500 pada tahun 2008. Loket emas yang bernilai RM 400 ini saya terima pagi tadi di Isro Beauty Boutique Labuan dan disampaikan oleh D. Manager 311, Pn. Cecelia Gau.

Khamis, 23 April 2009

Koleksi Antologi









Ini adalah naskah koleksi Antologi Puisi Dan Cerpen saya bersama penulis dari WP Labuan, Semenanjung, Sabah, Sarawak Dan Brunei Darussalam.






01. Tasbih Rindu - 1998 (Terbitan DBP Sabah)
02. Peta Seniman - 1998 (Terbitan DBP Sabah)
03. Gema Membelah Gema 13 - 2000 (Terbitan JP Hari Puisi National XV)
04. Teluk Persalaman - 2001 (Terbitan DBP Sabah)
05. Kita Kata Kota - 2001 (Terbitan DBP Sabah)
06. Runtuh - 2001 (Terbitan DBP Sabah)
07. Kota Asas Temadun Bangsa - 2002 (Terbitan DBP Sarawak)
08. Kota Kita Wajah Kita - 2003 (Terbitan DBP Sabah)
09. Kota Gemilang Warisan Kita - 2004 (Terbitan DBP Kuala Lumpur)
10. Kota Budaya Citra Sejagat - 2005 (Terbitan DBP Sabah)
11. Lambaian Teluk - 2008 (Terbitan DBP Sabah)
12. Sepulau Sekasih Kita - 2009 (Terbitan Persatuan Penulis Wil Per Labuan PERWILA)

Rabu, 22 April 2009

Warkah Penghargaan Dari Kerajaan Negeri Sabah



Sijil Penghargaan dari Kerajaan Negeri sabah ini
sebenarnya telah saya terima pada 03 Mac 2003,
sempena Malam Tinta Emas di Pacific Sutera, Kota
Kinabalu. Warkah Penghargaan ini diberikan kepada
saya atas menghargai sumbangan dalam bidang
bahasa, sastera dan budaya.

Happy Birthday



Hadiah ulang tahun yang ke 38 tahun ini saya terima pada
18 April 2009 dari Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan
Labuan (PERWILA). Terima Kasih untuk PERWILA.

Selasa, 21 April 2009

Satin Night Gown

Satin Night Gown ini adalah hadiah cabaran Style Perfect Wear Lipstick yang baru saya terima dari Avon.
Hadiah disampaikan di Isro Beauty Boutique Labuan oleh Nurbaizurah.


Isnin, 20 April 2009

TEKNIK DEKLAMASI PUISI

Penampil di pentas cukup relax/tidak seperti pembaca-pembaca lain yang agak semacam “ketungkalan? Dan mimik muka mereka sudah cukup menjelaskan. Perlu tampil dengan kebijaksanaan dengan cara mengatur gerak nafas/langkah yang cukup meyakinkan yang menyebabkan sukar kita memerhatikan kelemahan nafas yang melintas lewat pembesar suara seperti deklamator lain. Tenang dan tahu benar bagaimana caranya menggunakan alat pembesar suara.

Sebutan atau artikulasi padat dan jelas. Setiap kata yang dilontarkannya cukup berkesan dan ini juga berbeda dengan deklamator lain/misalnya ramai kalangan peserta yang selalu saja melakukan kesilapan dari segi sebutan/misalnya kata “saya? Menjadi “Sayah”, “Maka” menjadi “Makah”, “Kau” jadi “Kauh”. Rata-rata peserta tidak memerhatikan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan terutama sekali peserta dari Kota Marudu. Barangkali para peserta harus melatih diri/dengan cara menyebut suku kata berkali-kali seperti ma-ka/sa-ya/seng-sa-ra/de-ri-ta dan sebagainya/latihan semacam ini bisa diperolehi lewat kelas teater atau lakukannya secara sendiri.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini bahawa untuk memperbaiki sebutan/artikulasi ini/latihan yang yang selalu harus dilakukan dengan cara suaranya dirakam dan didengar semula/apakah nantinya suara yang dilontarkan itu benar-benar tepat atau bagaimana dan cara inilah peserta dapat mengatasi persoalan yang dibangkit.

Disamping itu intonasi juga begitu ketara tidak begitu mantap kerana setiap ayat yang dilontarkan membawa makna yang berbeda kalau tersalah lontar. Misalnya “Saya mahu ke Kota Kinabalu” kalau kita tekankan perkataan SAYA/maknanya bukan dia dan bukan kau, tetapi saya. Kalau kita tekankan Sembulan/maknanya bukan Kota Kinabalu atau Petagas, tetapi Kota Kinabalu dan demikian juga kalau kita tekankan perkataan MAHU atau sebaliknya. Jadi, setiap ayat yang dilontarkan harus ada hukumnya dan hukum inilah yang selalu dilanggar oleh deklamator yang menyebabkan cara deklamasi begitu hambar dan tawar.

Barangkali harus kita perhatikan kala kita sebut perkataan APA yang tentu saja merupakan pertanyaan, akan tetapi kalau misalnya tersalah ucap/ia membawa erti semacam amaran dan untuk menentukan maknanya/tentu saja tergantung kepada tekanan ucapan yang diperkatakan.

Selain daripada Intonbasi, getikulasi, cuba saja kita fikirkan kala seorang deklamator tampil di atas pentas, maka apa yang pertamanya kita lihat. Tentu saja cara dia masuk/cara dia berdiri menghadapi alat pembesar suara yang barangkali disebut disiplin/lalu setelah dia deklamasi/maka kita akan lihat seluruh gerak tubuhnya/kakinya/tangannya terutama sekali wajahnya alias mimik mukanya yang lebih dikenali sebagai EXSPRESI.

Misalnya kalau kita membaca sajak yang sedih, tetapi wajah kita tampak senyum/maka itu sudah tentu berlawanan/makanya sebelum deklamasi sesebuah buah/seorang deklamator harus membuat kajian terlebih dahulu tentang isi sajak yang dibaca termasuk latar penyairnya itu sendiri/tetapi ramai kalangan deklamator kita hanya terus membaca tanpa adanya ilmu ketahui latar penulis atau isi sajak yang menyebabkan penyampaian agak hambar dan lemah.

Kelihatannya ada seorang dua yang kala membaca aktingnya/mimiknya agak berlebih-lebihan dan menurut Rendra yang sedemikian samalah menghidangkan paha ayam kepada orang yang barusan makan paha ayam atau lebih tepat dikatakan HAM-AKTING yang akhirnya penonton jadi muak/mual kala melihatnya dan hal semacam ini begitu ketara saya lihat dimana-mana acara baca sajak.

Kembali kepada ESPRESI/mimik atau Aksi. Deklamasi puisi agak berbeda dengan lakunan yang mata penonton terlontar kepada keseluruhan pentas kerana aktornya sekian banyak/sedang deklamasi puisi sayembara hanya seorang saja dan di sinilah kita sepenuhnya menumpukan penglihatan kepada gerak tubuh, terutama sekali mimik muka/permainan gerak mata/pipi/gerak urat di leher, tangan dan sebagainya/cara membuka mulut/sentuhan gigi atas dan bawah/jejari/kaki/siku/bibir/rambut dan setiap apa saja anggota tubuh kita. Semuanya harus bergerak sama/saling bantu membantu dan kalau ini diperhatikan secara bijak, maka persembahan akan meninggalkan kesan yang mendalam dan inilah yang rata-rata tidak ada di kalangan para deklamator puisi kita, baik di Sabah atau di Semananung Malaysia.

Kelemahan yang disebut oleh prof Osman Putih tentu saja soal cara menggunakan alat pembesar suara yang kekadang merosakkan teknik baca puisi yang tidak diperhatikan oleh deklamator. Misalnya bercakap di depan alat pembesar suara bukan semudah yang kita fikirkan/setiap orang harus mengetahui dan menguasai gerak nafas/misalnya tersilap hembus nafas/itu akan merosakkan acara.

Saya perhatikan ramai yang gagal dalam bidang ini/mereka kala melontar mencuba menjauhkan mulut mereka, tetapi kala mengucapkan secara perlahan terus saja mendekati pembesar suara yang menyebabkan gerak nafas terlontar sama dan ini mencatatkan artikulasi yang tentu saja tidak mereka sedari dan hal ini harus diperhatikan dimusim-musim mendatang.

Disamping alat pemebesar suara/soal pakaian juga harus diperhatikan kerana ini akan membawa kesan yang tidak kurang pentingnya kerana perlu dijelaskan bahawa seorang pemidato yang hebat/selalu saja memerhatikan warna dan bentuk pakaiannya dan menurut Dale/pakar pidato bahawa warana pakaian yang baik untuk tampil di atas pentas ialah warna hitam dan Putih kerana ia meninggalkan kesan/makanya Rendra kala muncul di TIM suka sangat berpakaian hitam yang menyebabkan dia digelar Gagak Hitam/walau bagaimana/keadaan ini harus dilihat tentang latar belakang di mana kita berdiri. Misalnya kalau saja latarnya Hitam/maka tentu saja warna putih paling sesuai atau sebaliknya. Begitulah. Iya, demikian catatan untuk kali ini. Nanti ketemu lagi.

Bahan diterima dari Email Ismaily Bungsu

Sabtu, 18 April 2009

Sepulau Sekasih Kita


PERWILA telah mencipta sejarah baru setelah PERWILA akhirnya berjaya buat pertama kalinya menerbitkan naskah antologi puisi sendiri. Percubaan yang mengkagumkan ini telah melahirkan 11 orang penulis yang telah menghasilkan beberapa buah puisi di dalam Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA. Antara penulis yang mencipta nama didalam Antologi ini ialah Bintang Syurga, Faten Hamama, Hajah Hasnah Sambas, Haji Othman Mahali, Lia Maisarah, Isma R.H, Norgadis Labuan, Samsa Harris, Suili Bakar ANS, Suardi Ismail dan Yahya Ahmad Puteh.

Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" yang memuatkan puisi-puisi indah ini dijual dengan harga RM 15.00 senaskah. Untuk mendapatkannya, bolehlah berhubung dengan AJK PERWILA. Semoga akan datang akan terbit pula antologi Cerpen dari PERWILA.
Salam Sastera.

NORGADIS LABUAN





18hb. April 2009. Pagi tadi sewaktu menghadiri Mesyuarat Agong PERWILA, Saya dikejutkan dengan hadiah kelahiran saya yang ke 38 tahun dari PERWILA yang merupakan sebuah bingkai dan gambar aktiviti saya bersama PERWILA. Inilah kenangan sangat berharga yang saya rasakan sepanjang 23 tahun bersama PERWILA. Tiada kata indah yang dapat saya lontarkan, melainkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada PERWILA dan kepada AJK yang bertanggungjawab menyediakan hadiah istemewa tersebut yang mana telah mengingati hari kelahiran saya di bulan April ini. Hadiah istemewa itu telah disampaikan oleh Ketua 1 PERWILA, Dr. Harun Hj Pudin. Jelas dan nyatalah bahawa PERWILA sentiasa menghargai ahlinya. Alhamdulilah.

Mesyuarat Agong Dwi - Tahunan

















Mesyuarat Agong Dwi - Tahunan PERWILA yang di adakan di Kantin Taman Pertanian Kilan pagi tadi berjalan dengan lancar. Pemilihan AJK PERWILA sesi 2009/2010 tidak banyak perubahan memandangkan ahli yang hadir sepakat bahawa tiada pelantikan baru untuk jawatan Ketua 1, Ketua 2, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Cuma ada sedikit perubahan dengan pelantikan AJK.

Ketua 1:
Dr. Harun Hj. Pudin
Ketua 2:
En. Sahar Misron
Setiausaha:
En. Yahya Ahamd Puteh
Pen. Setiausaha:
Cik Rafidah Mohamad
Bendahari:
Tn. Hj Othman Mahali

AJK:
01. Pn. Hasnah Sambas
02. En. Ag. Asim Ag. Besar
03. Pn. Salbiah Ajis
04. Pn. Masmah Mohd Ali
05. En. Matusin Ag. Damit
06. En. Laham Rudin
07. Tn. Hj Abd. Rahman Lamudin
08. En Ali Ag Lahap
09. En. Suardi Ismail
10. Pn Fatimah Ibrahim


Juruaudit:
01. En Tawil Beddu
02. En Nordin Mokhtar


Agenda Mesyuarat
01. Ucapan Pengerusi / Ketua 1
02. Pengesahan Minit Mesyuarat Agong 2007/2008
03. Perkara-perkara berbangkit
04. Membentang dan menerima laporan Tahunan 2007/2008
05. Membentang dan menerima Penyata Kewangan 2007/2008
06. Pemilihan AJK 2009/2011
07. Hal-hal Lain


Mesyuarat diakhiri dengan bergambar ramai, pameran buku Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" dan makan tengahari.

Selasa, 14 April 2009

Mesyuarat Agong PERWILA


Pameran Buku Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA akan diadakan sewaktu mesyuarat Agong dwi Tahunan dijalankan. Kepada sesiapa yang berminat ingin memiliki senaskah dua atau lebih antologi tersebut, bolehlah datang beramai-ramai ke Kantin Taman Pertanian Kilan, Wilayah Persekutuan Labuan. Sokonglah penulis kita.

Ucapan "Happy Birthday"



Baru terima ucapan Happy Birthday dari Nestle Junior Club


DEMAM CAMPAK

Hari ahad lepas, anak saya Atikah kena demam campak, doktor telah beri surat cuti selama seminggu. Kelihatannya dia bosan duduk di rumah, selain daripada berehet, dia suka menghadap komputer dan melayari internet. Inilah hasil yang dia dapat. Cerita tentang demam campak...

Menyembuhkan Demam Campak

Menghilangkan gatal
1. Rendam daun pokok semambu di dalam air suam.
2. Siram air tersebut pada badan pesakit.

Mengeluarkan campak
Minum air kelapa muda untuk mengeluarkan campak di badan.

Kulit tidak menjadi keras dan hitam
1. Tumbuk daun asam jawa lumat-lumat.
2. Campurkan dengan bedak sejuk.
3. Sapukan di semua bahagian badan.

PANTANG: Jangan berhujan dan mandi air masin untuk beberapa bulan agar badan tidak terasa gatal-gatal.

DEFINISI
Campak (Rubeola, Campak 9 hari) adalah suatu infeksi virus yang sangat menular, yang ditandai dengan demam, batuk, konjungtivitis (peradangan selaput ikat mata/konjungtiva) dan ruam kulit. Penularan infeksi terjadi karena menghirup percikan ludah penderita campak. Penderita bisa menularkan infeksi ini dalam waktu 2-4 hari sebelum timbulnya ruam kulit dan selama ruam kulit ada. Sebelum vaksinasi campak digunakan secara meluas, wabah campak terjadi setiap 2-3 tahun, terutama pada anak-anak usia pra-sekolah dan anak-anak SD. Jika seseorang pernah menderita campak, maka seumur hidupnya dia akan kebal terhadap penyakit ini.

PENYEBAB
Campak disebabkan oleh paramiksovirus. Penularan terjadi melalui percikan ludah dari hidung, mulut maupun tengkorok penderita campak. Masa inkubasi adalah 10-14 hari sebelum gejala muncul. Kekebalan terhadap campak diperoleh setelah vaksinasi, infeksi aktif dan kekebalan pasif pada seorang bayi yang lahir ibu yang telah kebal (berlangsung selama 1 tahun).
Orang-orang yang rentan terhadap campak adalah:

- bayi berumur lebih dari 1 tahun
- bayi yang tidak mendapatkan imunisasi
- remaja dan dewasa muda yang belum mendapatkan imunisasi kedua.

GEJALA
Gejala mulai timbul dalam waktu 7-14 hari setelah terinfeksi, yaitu berupa:
- nyeri tengkorak
- hidung meler
- batuk
- nyeri otot
- demam
- mata merah
- fotofobia (rentan terhadap cahaya, silau)

2-4 hari kemudian muncul bintik putih kecil di mulut bagian dalam (bintik Koplik).
Ruam (kemerahan di kulit) yang terasa agak gatal muncul 3-5 hari setelah timbulnya gejala diatas. Ruam ini bisa berbentuk makula (ruam kemerahan yang mendatar) maupun papula (ruam kemerahan yang menonjol). Pada awalnya ruam tampak di wajah, yaitu di depan dan di bawah telinga serta di leher sebelah samping. Dalam waktu 1-2 hari, ruam menyebar ke batang tubuh, lengan dan tungkai, sedangkan ruam di wajah mulai memudar.

Pada puncak penyakit, penderita merasa sangat sakit, ruamnya meluas serta suhu tubuhnya mencapai 40 darjah Celsius.
3-5 hari kemudian suhu tubuhnya turun, penderita mulai merasa baik dan ruam yang tersisa segera menghilang.

KOMPLIKASI
Pada anak yang sehat dan gizinya cukup, campak jarang berakibat serius. Beberapa komplikasi yang bisa menyertai campak:

Infeksi bakteri
- Pneumonia
- Infeksi telinga tengah

Kadang terjadi trombositopenia (penurunan jumlah trombosit), sehingga pendeita mudah memar dan mudah mengalami perdarahan. Ensefalitis (inteksi otak) terjadi pada 1 dari 1,000-2.000 kasus.

DIAGNOSA
Diagnosis ditegakkan berdasarkan gejala dan ruam kulit yang khas. Pemeriksaan lain yang mungkin perlu dilakukan:

- pemeriksaan darah
- pembiakan virus
- serologi campak.

PENGOBATAN
Tidak ada pengobatan khusus untuk campak. Anak sebaiknya menjalani tirah baring. Untuk menurunkan demam, diberikan asetaminofen atau ibuprofen. Jika terjadi infeksi bakteri, diberikan antibiotik.

PENCEGAHAN
Vaksin campak merupakan bagian dari imunisasi rutin pada anak-anak. Vaksin biasanya diberikan dalam bentuk kombinasi dengan gondongan dan campak Jerman (vaksin MR/mumps, measles, rubella), disuntikkan pada otot paha atau lengan atas.

Jika hanya mengandung campak, vaksin diberikan pada umur 9 bulan. Dalam bentuk MMR, dosis pertama diberikan pada usia 12-15 bulan, dosis kedua diberikan pada usia 4-6 tahun.

Isnin, 13 April 2009

TUHANTUHANTUHANTU

Aktiviti Persatuan Beruniform SMK Mutiara

Ahad, 2009 April 12





Petang tadi saya dan abang (suami) sampai di Pusat Ko kira-kira jam 1.15 petang. Tiada tujuan lain melainkan mahu menjemput anak saya Puteri, Firah dan anak saudara saya Ameerha setelah selesai melaksanakan aktiviti persatuan-persatuan beruniform di Pusat Ko tersebut.

Menurut anak saya Puteri (Nurfatihah Athirah), aktiviti pada hari pertama iaitu hari jumaat lepas ialah ice breaking (LDK). Aktiviti hari sabtu yang merupakan hari ke-dua ialah berkayak, paintball, rentas halangan, ikhtiar hidup dan sebelah malamnya aktiviti malam kebudayaan.

Aktiviti berkayak dimenangi oleh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), tempat ke-dua Pengakap dan ke-tiga Taekwando.
Kadet Bomba telah memenangi tempat pertama aktiviti Paintball, ke-dua, Pengakap dan tempat ke-tiga kumpulan Kor Kadet Polis.

Aktiviti Rentas Halangan dimenangi oleh Kadet Bomba, tempat ke-dua Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Aktiviti ikhtiar hidup dimenangi oleh kumpulan Kor Kadet Polis, ke-dua Persatuan Silat dan ke-tiga Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).

Aktiviti Malam Kebudayaan pula dimenangi oleh Kadet Bomba dan Penyelamat yang mempersembahkan tarian kebudayaan jawa. Pemenang ke-dua diraih oleh Persatuan Silat dengan mempersembahkan sketsa spontan "Padah Berbohong" arahan Adik Arnold dan manakala tempat ke-tiga dimenangi oleh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Udara (PKBM Udara) dengan persembahan seketsa PKBM.

Pemenang keseluruhan Unit Beruniform ialah dari Kadet Bomba dan Penyelamat, ke-dua Pengakap dan ke-tiga kumpulan Kor Kadet Polis. Kadet lelaki terbaik dirangkul oleh Adik Suhaimi Bin Aras (Kadet Bomba) dan Kadet perempuan terbaik diraih oleh Adik Ili Nurathirah (Persatuan Puteri Islam)

Pada hari Ahad diadakan aktiviti sukaneka yang merupakan aktiviti terakhir.

Penghargaan Terima Kasih Kepada:
Kem Komanden En. Mohd Adlin
Pen. Kem Komanden En. Abdul Ghani
Penyelaras Perkemahan Puan Shahrizatul dan guru-guru yang terlibat.
Jurulatih Dari Pusat Kokurikulum WP Labuan (PUSKOWILA) En. Mohd Dun Dan En. Zakaria Jambul

Jumaat, 10 April 2009

Pusat Kokurikulum


Dari kanan Firah, di tengah Puteri dan disebelah kiri tu Ameerha.

Petang tadi saya menghantar anak saya Puteri, Firah dan anak saudara saya Ameerha ke Pusat Ko untuk menghadiri kem untuk aktiviti pelajar beruniform dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara. Kem ini bermula dari petang tadi hingga petang ahad ni.
Anak-anak saya tu mewakili persatuan silat Gayong SMK Mutiara. Tengoklah tu, beg pun besar-besar, macam dan belayar jauh saja. Kata Puteri ada aktiviti persembahan kebudayaan dan berkayak. Semoga aktiviti ini berjalan dengan baik ya...Untuk anak-anak dan pelajar semua, jaga diri baik-baik.

Sabtu, 4 April 2009

Hari Keluarga TM Labuan



Hari keluarga TM Labuan disambut meriah hari ini. Acara diadakan di Padang Majal Kg. Pohon Batu. Majlis dirasmikan oleh En Suhaini Engson. Acara dimulakan dengan pertandingan mewarna dan selepas itu nyanyian lagu Negaraku dan lagu Kristal.

10 acara telah dipertandingkan pagi tadi antaranya lari dalam guni, tiup belon sampai pecah, boling kelapa, ikat kaki berpasangan, musical chair, baling belon berisi air dan sebagainya.

Seronok... seronok... abang Abbas (suami) dapat cabutan tiket bertuah tempat pertama, dapatlah hemper besar. Anak ke tiga saya Atikah telah memenangi tempat pertama musical chair dan tempat ketiga pertandingan ikat kaki bersama sepupunya Asyeqeen.
Sekurang-kurangannya acara seperti ini dapat juga mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga TM Labuan.